Saturday, 31 December 2011

D

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang untuk berkongsi tinta pena di sini. Hari ni hari terakhri dalam kalendar 2011. Lagi dua jam menanti kemunculan tahun baru,2012. Sempat mengintai perkembangan di Malaysia sebentar tadi. Sambutan tahun baru yang gah dengan pelbagai cara.

Tahun baru. Azam pon kena baru. Alhamdulillah semalam berjaya mengumpulkan hati-hati yang sentiasa dahagakan pengisian rohani. Hati-hati yang terikat untuk sama-sama mencari cinta Sang Rabbi. Berbincang dan bertukar pendapat mengenai impian dan harapan untuk diri. Doa ini tak pernah putus untuk mereka. Semoga Allah bukakan rahmat dan hidayah untuk kami semua.Amin.

**********************************************************************************
D.
Dia yang paling aku rapat
Dia yang banyak bercakap-cakap
Dia yang paling muda antara semua
Dia yang paling manja

Aku gembira melihat perubahan dia. Aku berdoa agar dia terus kuat. Seringkali dia mengeluh akan dirinya yang lemah. Aku akui bukan mudah untuk dia lalui semua ini. Namun aku percaya dia boleh lakukan.

wahai adikku,
perjalanan ini masih panjang.
walaupun kau bertatih,tapi ingatlah kelak kakimu itu akan boleh berlari
berlari selaju yang kau mahu
ingatlah duhai adikku
usah kau pandang neraca pandangan manusia
andai kau terus-terusan menimbang neraca mereka,kau sendiri akan lemah
ringan ditiup angin
tapi adikku,neraca Allah itu paling utama
segala-galanya ditujukan hanya padaNya
teruslah bertatih
teruslah bertahan
sesungguhnya engkau telah mulakan langkah pertama
teruslah ke garisan sempurna
agar kau gapai semua cintaNya.

D.
Dia telah memulakan langkahnya.Aku dapat merasai perubahannya. Aku berdoa semoga dia terus istiqamah. Ya Allah,Engkau kuatkanlah hati kami dalam mujahadah mencari cintaMu yang hakiki. Amin.


"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit." (Mutafaqun 'Alaih)


D.
Doakan untuk dia :)


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Ar-Ra'ad,13:11)



Hingga ketemu lagi,insyaAllah

No comments:

Post a Comment