Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah atas segala-galanya ya Allah. Tadi masa tengah scroll down news feed,ramai yang share link ni kt Fb. Lepas tengok trailer ni tiba-tiba timbul keinginan untuk menonton filem ini. Moga ada kesempatan untuk meneladani filem ini.
Sekarang di Malaysia dilanda pesta Ombak Rindu. Aku hanya melihat dari kejauhan. Pelbagai komen tentang filem ini. Aku bukanlah peminat tegar drama Melayu,bukan juga pembaca setia novel cinta. Tapi filem Ombak Rindu seakan mencetuskan fenomena yang lain macam.Tak kurang juga reaksi rakan-rakan seperjuanagn di sini yang ternanti-nanti filem ini keluar di internet.
"Adik-adik, tontonlah Kungfu Panda, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalamnya tiada 'Muslim' tetapi ada banyak Islam. Jangan layan Ombak Rindu, dalam filem itu ada Muslim(s), namun tiada Islamnya" -ustaz hasrizal-
Saya bersetuju dengan kata-kata ustaz Hasrizal.Wahai sahabat-sahabat sekalian,janganlah kita disibukkan dengan urusan-urusan remeh yang hanya melalaikan kita. Pandanglah ke depan sana,masih banyak yang perlu kita bangunkan untuk Islam. Ghazwul fikri (baca: serangan pemikiran) tak pernah berhenti untuk melemahkan kita.Moga kita saling menguatkan insyaAllah.
p/s: mungkin tulisan ini kurang berkaitan dengan trailer filem di atas..huhu
Hingga ketemu lagi,insyaAllah.
No comments:
Post a Comment