Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini. Sejak seminggu yang lalu,diri disibukkan dengan pelbagai urusan. Kelemahan jiwa di saat-saat tekanan bertambah menyebabkan diri ini terlalai dari matlamat yang dituju. Astaghfirullah.Betapa hati ini lemah ya Allah.
**********************************************************************************
Hari ini seperti biasa menghabiskan kebanyakan waktu di ward. Walaupun hati berdebar menunggu case presentation,namun hatiku mendesak untuk bersama-sama rakan yang lain mengikut seorang pesakit cancer melakukan radiotherapy. Pertama kali masuk ke bilik khas untuk prosedur chemo dan radiotherapy. Bilik yang dibina dengan pelbagai ciri keselamatan. Kagum seketika dengan kecanggihan perubatan di sini. Patient yang kami ikut merupakan seorang patient yang disahkan menghidap rhabdomyosarcoma. Cancer yang jarang berlaku. Secara ringkasnya,cancer ini telah menyebabkan patient tersebut mengalami lumpuh di bahagian lower limb (pinggang->kaki). Pesakit adalah seorang wanita yang masih muda tetapi memiliki hati yang cekal. Berdasarkan penerangan doktor,cancer ini juga amat aggresive dan mempunyai potensi recurrence yang tinggi.. prosedur radiotherapy ini hanya sebagai palliative care(kawalan) untuk mengawal symptoms.
Ketika melihat prosedur dijalankan,aku bertanyakan tentang survival rate pesakit tersebut. Kami berbincang sesama sendiri jika kami berada dalam kondisi sebagai doktor,bagaimana akan kami jelaskan terhadap pesakit atau keluarga mereka tentang survival rate pesakit yang singkat.Susah.Namun inilah salah satu liku cabaran yang bakal dihadapi.
**********************************************************************************
Aku berfikir sendiri. Andai aku berada di tempat pesakit itu,bagaimana reaksi aku menerima ujian yang sangat berat ini. Adakah keimanan aku masih tega menerima takdir yang Allah tetapkan. Hidup ini sukar dijangka.
Hari ini--->alhamdulillah
Esok----->insyaAllah
Mungkin hari ini kita masih boleh bergelak ketawa bersama orang tersayang. Bersama ibu,ayah atau teman-teman. Hari esok dan hari-hari mendatang tiada siapa yang tahu melainkan Dia yang sudah mengaturkan segalanya untuk kita. Mungkin hari esok kita tiada lagi di dunia ini.
Rasulullah saw sendiri berpesan bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri menghadapinya.
**********************************************************************************
Tatkala melangkah keluar dari bilik radiotherapy,aku tertanya-tanya. Muhasabah mengkoreksi diri yang sering alpa.Adakah aku menggunakan seoptimumnya masa hidupku ini untuk membenihkan ladang yang akan dituai di akhirat kelak. Jika mahu dihitung,benih yang ditanam masih belum berbunga lebat. Bahkan ada benih yang masih belum tumbuh subur. Aku perlu bekerja keras. Mengumpul bekalan untuk kehidupan di sana.
Di sudut hati kecil ini,aku kagum dengan wanita itu. Renungan mata yang mempunyai seribu kata yang sukar aku ungkapkan. namun aku berdoa semoga dia terus tabah demi meneruskan kehidupan. Semoga kita benar-benar menghargai hayat yang seketika cuma ini.
p/s: maaf andai tidak memahami perkataan medic yang aku guna.Baru aku tahu susah untuk aku translate perkataan medic ke bahasa Melayu..maafkan diri ini :(
Hingga ketemu lagi,InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment