Wednesday, 4 January 2012

'IZZAH



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dapat mengaktifkan pena di sini setelah menyepi untuk seketika. Terlalu banyak untuk dicoretkan tapi keutamaan yang lain membatasi ruangan di sini.

Minggu lepas terkejar-kejar dengan case presentation. Hari ni selesai seminar. Alhamdulillah,tugasan untuk rotation ni semakin ringan untuk sebulan yang berbaki. Minggu lepas juga berpeluang follow doktor melihat prosedur nerve and muscle biopsy. Tak sia-sia tunggu sampai lewat petang.Dapat lihat dan belajar something yang baru dan bisa mengetuk hati.

Semasa prosedur biopsy,aku dan beberapa rakan yang lain berdiri mengelilingi patient .Seorang doktor yang berpangkat consultan menghampiri patient tersebut sebelum memulakan prosedur. Beliau meletakkan tangannya ke atas tangan patient dan berdoa menyeru nama Jesus(Nabi Isa). Ini kejadian pertama yang aku lihat sepanjang 3 tahun clinical posting kat hospital ni. Memang hospital yang kami clinical adalah di bawah biayaan gereja. Jangan terkejut jika aku katakan bahawa sebahagian besar doktor yang berkhidmat di sini merupakan seorang yang berpangkat seperti paderi (aku tak pasti istilah yang sebenar).

Tersentak aku melihat doktor tersebut berdoa kepada Tuhannya sebelum melakukan prosedur tersebut. Mungkin ia adalah sebahagian dari rutin beliau sebelum melakukan sesuatu prosedur terhadap patientnya.

Kejadian petang itu membawa aku kembali muhasabah diri. Bagaimana mereka amat yakin dengan pegangan mereka dan mereka tidak malu menunjukkan kemegahan pegangan yang mereka anuti.
Bagaimana dengan kita wahai kaum muslimin. Adakah kita cukup berbangga dengan agama Islam ini?? Adakah kita yakin dengan panji Islam yang kita bawa?? atau kita masih ragu-ragu. Masih malu-malu membawa penampilan Islam. Kita semua adalah duta kecil untuk Islam. 

Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam. Mengapa masih malu membawa imej Islam?? Malu untuk menutup aurat dengan sempurna di depan bukan Islam. Hatta ingin bersolat sekalipun masih mahu menyorok-nyorok. Tiada salahnya kita mempamerkan apa yang dianjurkan oleh Islam. Bermanis muka tatkala berjumpa pesakit.Senyum. Memulakan sesuatu dengan nama Allah. Even berjumpa pesakit di hospital merupakan gedung pahala untuk kita jika kita berniat untuk menziarahi orang sakit. Lihat..betapa Islam merupakan agama yang syumul. Segala yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah tidak pernah mendatangkan kerugian bahkan menunjukkan ke'izzahan Islam itu sendiri.

Jika bukan kita yang bertanggungjawab membawa ke'izzahan Islam itu,mampukan kita mengharapkan orang-orang kafir di laur sana mengangkat martabat Islam. Ayuh jundi-jundi Allah sekalian,tegakkan Islam dalam dirimu nescaya Islam akan tertegak di daerahmu :)

Jika kita melihat sisi kehidupan ini melalui jendela akhirat,insyaAllah kita dapat belajar sesuatu dari kehidupan ini..



Till we meet again,insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment