![]() |
Flight pulang ke Malaysia pada hari raya Aidilfitri yang lalu |
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah di atas kasih sayang Allah yang memberi helaan nafas untuk terus beribadah padaNya.
Sejak Sabtu lepas (masuk hari ke 3), seluruh Malaysia dikejutkan dengan kejadian yang menimpa kapal terbang Malaysia Airlines MH370.
Saya mengetahui tentang berita ini agak lewat kerana mengikuti seminar di luar daerah. Lewat petang ketika dalam perjalanan pulang, murabbiah ada forwardkan message di whatsapp tentang pesawat yang terhempas. Masih 'blur' dengan mesej tersebut, saya tidak menghiraukannya sehinggalah saya buka facebook dan membaca begitu banyak newsfeed tentang MH370.
Allahuakbar. Dada ini bagaikan disentap sayu..hiba..terkejut..dan keliru. Mengenang kembali ketika zaman study dulu. Boleh dikatakan jika ada cuti semester biarpun seminggu cuma, pasti akan book tiket untuk balik Malaysia. Homesick.( -_-)
Mengenai apa yang menimpa MH370 benar-benar mengejutkan saya. Saya kira rata-rata pembaca mengetahui akan reputasi MAS sebagai salah satu syarikat penerbangan yang diakui menyediakan perkhidmatan terbaik dari segi perkhidmatan kepada pelanggan dan perkhidmatan penyelenggaraan pesawat.
Kali terakhir saya menaiki pesawat MAS adalah pada hari raya aidilfitri tahun lalu. Dek kerana tiket last minute yang ditawarkan jauh lebih murah dari Air Asia, saya mengambil keputusan untuk balik berhari raya di Malaysia biarpun untuk tempoh yang singkat.
Musibah yang menimpa ini terasa dekat di hati. Mungkin kerana pengalaman saya berulang-alik ketika belajar dulu menaiki kapal terbang. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Kesedihan apabila terpaksa berjauhan dengan ibu ayah. Melihat lambaian mereka di airport saat memasuki departure hall sambil diiringi doa dari mereka. Saya yakin, itu adalah perasaan yang paling tidak mahu dialami oleh kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara. Saya juga begitu.
Apabila membaca update tentang MH370 ini, fikiran mula membayangkan tentang perasaan yang dialami oleh ahli keluarga yang terlibat. Saya bersetuju dengan tweet Hafiz Hamidun di tweeternya:
Ya. Penantian itu satu penyeksaan. Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi yang perlu diambil iktibar oleh kita semua tentang sejauh mana keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah. Mungkin juga Allah ingin menegur kita yang sudah lama dibuai kelalaian dunia. Ujian Allah ini bukan untuk ahli keluarga atau saudara mara yang terlibat sahaja, tetapi ia juga ujian buat kita yang hanya mengikuti dari jauh. Ujian untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Ujian untuk kita menilai dalam setiap berita yang diterima dan reaksi akal untuk mencerna.
Akhir sekali, ayuhlah kita sama-sama berdoa moga Allah selamatkan dan memberi kekuatan buat hamba-hambanya yang di dalam kesusahan. Semua ini adalah dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah SWT.
La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
"Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (An-Nur:64)
Keep on praying.
#prayforMH370
No comments:
Post a Comment