Sunday, 2 March 2014

RINDUKAN TAMAN SYURGA




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan.
Dua tiga hari lepas, idea datang membuak-buak untuk update entry kat blog ni. Tapi, dek kerana kemalasan diri untuk masuk bilik, on laptop dan bukak internet semata-mata nak update blog, tetiba rasa macam wasting. *sigh*

Sebenarnya, idea tu datang disebabkan oleh satu perasaan yang wujud waktu tu.
Pernah tak anda rasa hidup anda kosong? Jiwa anda kosong?
That's is what I felt on that time.

Malam tu, masa nak dinner sorang-sorang ( Yes, I ate dinner alone, semua orang dalam rumah ni tengah on diet T_T) tetiba dengar macam orang tengah berceramah kat masjid. Masjid jauh sedikit dari rumah tapi selalunya memang akan dengar clear apa-apa event kalau guna speaker. Bersemangat suara ustaz tu bacakan hadis. Sambil tangan sendukkan nasi ke dalam pinggan, sambil telinga tekun mendengar.

So, ambil keputusan..bawa pinggan ke luar rumah dan makan nasi sorang-sorang kat luar. Mata dapat tangkap wajah puan emak yang mengintai-ngintai tengok apa yang anak perempuan dia buat sorang-sorang kat luar.

Sambil suap nasi ke mulut, sambil mata menahan sebak. Fikiran melayang ke bumi tarbiyah sewaktu zaman student dulu.

Dulu, apartment dekat dengan surau. Just a walking distance, bak kata orang puteh. Setiap malam akan cuba cari waktu untuk solat isyak jemaah kat surau. Selain daripada tamakkan pahala, (eh) salah satu sebab suka gi solat kat surau adalah kerana lepas solat isyak akan ada tazkirah. Walaupun tazkirah ringkas, tapi cukup untuk menjadi peringatan buat hati yang kepenatan seharian disibukkan dengan urusan pelajaran.

Dulu, kalau ada ustaz, ustazah atau penceramah datang dari Malaysia..akan sedaya upaya menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Biarpun terpaksa travel 10-12 jam semata-mata nak join program atau majlis ilmu.
Keazaman dan tekad yang tinggi yang menjadi daya tolak buat diri. Benarlah kata pujangga.. " kita akan lebih menghargai sesuatu itu bila ia tiada." Waktu zaman student, susah nak dengar majlis ilmu daripada orang-orang yang ahli. Sebab itu bila ada penceramah dari malaysia datang, hati rasa sangat happy. Sebab dapat mencedok ilmu dari kalangan ilmuan.

Sekarang, lebih kurang lima bulan menganggur menunggu panggilan posting. Dan sepanjang lima bulan ini, boleh dikira dengan jari berapa kali kaki ini menjejakkan kaki ke masjid dan majlis-majlis ilmu. Sedangkan di Malaysia boleh katakan setiap hari akan ada ustaz-ustaz yang datang berceramah di masjid-masjid.

Betapa kosongnya jiwa waktu itu..yang memaksa aku makan malam di luar rumah semata-mata ingin mendengar ceramah sayup-sayup dari masjid. Limitasi diri sebagai seorang wanita dan jarak rumah dengan masjid yang membataskan ditambah lagi diri ini yang tidak dapat memandu kereta. Agak kurang manis jika naik motosikal malam-malam.

Lepas makan, masuk rumah. Cakap pada puan emak..
"Dengar ada ceramah kat masjid. Sape la ustaz yang datang. kalau tahu dari awal, boleh ajak mak gi dengar ceramah kat masjid." (sambil buat muka sedih).
Puan emak hanya mendiamkan diri. Esoknya, Puan Emak pergi bertanyakan jiran sebelah rumah tentang ceramah di masjid. Katanya, ustaz itu orang dari kampung seberang dan kehadiran jemaah tidak mengecewakan. Aku hanya mendiamkan diri. Betapa hati ini seperti sudah ketandusan dan menjerit-jerit minta dihidupkan dengan peringatan-peringatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Tadi, semasa keluar jalan-jalan dengan kakak, ternampak kain rentang tentang ceramah ustaz Harryanto esok malam selepas Isyak. Tadi ada bagi 'hint' pada Puan Emak. Harap-harap esok Allah izinkan untuk berada di majlis ilmu yang diumpamakan sebagai taman-taman syurga. Biiznillah. Doakan moga aku terus kuat dan tsabat.

Till we meet again, insyaAllah

No comments:

Post a Comment