"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi." -Imam Hasan Al Basri
Wednesday, 19 March 2014
PADA TITIK JERNIH ITU ADA KISAH TERPENDAM..
Bismillahirrahamanirrahim..
Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang Allah kurniakan untuk kita mengabdikan diri padaNya.
Tergerak untuk menukilkan apa yang terdetik di hati. Lewat masa, hati ini mudah tersentuh dengan setiap apa yang berlaku. Sejak dari dahulu, ada beberapa perkara yang bisa menumpahkan air mataku. Biar aku kongsikan momen yang bisa memecahkan benteng air mata ini.
- Melihat seorang lelaki bergelar ayah mengalirkan air matanya kerana keluarga.- Apabila namanya lelaki, sangat sukar melihat mereka menangis. Hati mereka sangat tegar dan akan sedaya mungkin untuk bertahan. Bila mata mereka menitikkan air jernih itu, bermakna mereka sudah mencuba sedaya mungkin untuk tetap bertahan. Masih aku ingat lagi, kali pertama aku lihat mata ayah merah menahan air mata yang kering di kelopak matanya. Lapan tahun lalu. Saat aku khabarkan bahawa aku mendapat tawaran ke salah sebuah sekolah berasrama penuh yang terkemuka dan perlu mendaftarkan diri pada keesokan harinya (last minute notice). Kami bukan dari keluarga yang kaya. Hidup di kampung dengan keperluan seadanya. Batasan kewangan dalam masa yang berbaki menyebabkan ayah buntu mencari penyelesaian. Antara kemahuan anak yang perlu dituruti tetapi dibataskan oleh masalah kewangan. Sejak itu, aku bertekad dalam diri untuk terus berusaha sebaik mungkin untuk membahagiakan ibu ayah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk apa yang aku capai sekarang.
- Apabila orang tua melakukan pekerjaan berat. Dalam usia yang begitu tua, dan kedut berlingkaran di muka, keringat mereka tetap ditabur untuk mencari rezeki. Apatah lagi jika memerlukan mereka mengerah kudrat yang semakin penat. Hati sayu melihatnya. Dalam usia tua, mereka sepatutnya sedang berehat menikmati baki usia yang tersisa.
![]() |
Gambar ihsan google |
- Melihat anak yatim yang dalam kesusahan. Sungguh anak yatim itu sangat dimuliakan Allah dan Rasulullah. Melihat wajah kecil mereka, pasti akan merentap sayu di hati. Dalam usia yang muda, sudah kehilangan tempat bergantung. Dan aku kagum dengan semangat kental mereka yang terpaksa berjauhan dari keluarga, belajar berdikari di rumah anak-anak yatim namun masih mampu cemerlang dalam pelajaran. Berbeza dengan kita yang hidup dalam keselesaan, namun masih lalai.
Aku kagum setiap kali melihat rancangan Bersamamu di TV3. Kagum dengan penerbitnya, Mazlin Nordin yang menunjukkan kesungguhan membantu insan yang memerlukan. Kadang-kadang air mata ini tumpah tatkala melihat tangannya tulus menggosok kepala anak-anak kecil yang kehilangan ayah atau ibu. Lantas aku terkenangkan bagaimana Rasulullah juga berbuat begitu. Menggosok kepala anak yatim. Allahu..
Aku kira, sudah banyak jasa yang ditaburkan dan mungkin saja banyak tangan-tangan insan yang mendoakannya. Aku menanam impian untuk menjadi sepertinya. Ingin berbakti semampu mungkin. Berkongsi apa yang Allah pinjamkan. Ya Allah, bantulah aku dan berikan aku kekuatan untuk membantu hambamu yang memerlukan.
Hidup ini hanya pinjaman dari Allah. Akhirat tempat kita kembali selamanya. Lalu, cukupkah bekal yang kita ada untuk perjalanan akhirat jika sekadar solat dan puasa. Bagaimana pula jika amalan yang fardhu itu pun sudah compang camping. Apakah amal yang ada untuk menampungnya.
Moga amalan-amalan sunnah ini yang dapat menampung ketirisan amal fardhu kita di akhirat kelak.
Ayuh kuatkan iman, tingkatkan amal.
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian. (Az-Zariyat:19)
Monday, 17 March 2014
YUK BERQASIDAH DAN BERSELAWAT..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk menitipkan kata-kata di sini. Hati rasa sedikit tenang dan gembira selepas cuti yang singkat bersama keluarga. Walaupun hanya sekejap, namun nikmat kebahagiaan yang Allah berikan amat bermakna.
Memulakan permusafiran sejak jumaat lepas. Naik bas sorang-sorang sambil ditemani alunan selawat dan qasidah yang ada dalam mp4.
Mengingati kembali, bagaimana diri ini mula meminati qasidah dan selawat. Minat yang mula berputik semakin mendalam hinggalah membawa kepada pembelian CD selawat yang kat atas ni. Ni la CD first yang dibeli. Sebelum ni hanya download kat internet saja tanpa ada kemahuan yang mendalam untuk membeli. Tapi aura adik-adik ni sangat kuat hingga berusaha menjejaki kedai nasyid online yang jual album ni yang original. Alhamdulillah berbaloi.
Pantang ada video adik-adik ni di youtube, semua didownload dan dimasukkan ke dalam mp4. Moga ada manfaatnya untuk membiasakan mulut berselawat dan mengingati Rasulullah. Isyfaqlana ya Rasulullah (syafaatkan kami wahai Rasulullah).
Semasa scroll video-video selawat dan qasidah di youtube, terjumpa pautan video qasidah Aqidatul Awwam. Qasidahnya panjang dan ada melodinya tersendiri. Sudah menjadi kebiasaan buat diri untuk mencari lirik dan membaca terjemahan lagu/qasidah/selawat untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta tuli. Tambahan pula, andai kita fahami maksudnya, kita akan lebih menghayati apa yang ingin disampaikan.
Berbalik kepada qasidah Aqidatul Awwam ni, agak menarik jika kita lihat pada liriknya. Menceritakan tentang sifat 20, nama malaikat, sirah Nabi Muhammad,nama-nama 25 Rasul, anak-anak Nabi dan isteri baginda.Bagus juga diajar sirah ringkas ini kepada anak-anak kecil sambil melagukannya (walaupun ia panjang -_- )Jom sama-sama kita dengarkan dan hayati qasidah ini. Moga bermanfaat ^_^
Video: Qasidah Aqidatul Awwam
أَبـْـدَأُ بِـاسْمِ اللهِ وَالـرَّحْـمَنِ وَبِـالـرَّحِـيـْمِ دَائِـمِ اْلإِحْـسَانِ
Saya memulai dengan nama Alloh, Dzat yang maha pengasih, dan Maha Penyayang yang senatiasa memberikan kenikmatan tiada putusnya
فَالْـحَـم
Maka segala puji bagi Alloh Yang Maha Dahulu, Yang Maha Awal, Yang Maha Akhir, Yang Maha Tetap tanpa ada perubahan
ثُـمَّ الـصَّلاَة
Kemudian, semoga sholawat lawat dan salam senantiasa
وَآلِهِ وَصَـحْـبِ
Dan keluargany
وَبَـعْـدُ
Dan setelahnya
فَـاللهُ مَـوْجُـوْ
Alloh itu Ada, Qodim, Baqi dan berbeda dengan makhlukNya
وَقَـائِمٌ
Berdiri sendiri, Maha Kaya, Maha Esa, Maha Hidup, Maha Kuasa, Maha Menghendak
سَـمِـيْعٌ
Maha Mendengar,
فَـقُـدْرَ
yaitu Berkuasa, Menghendak
وَ جَـائـِزٌ بِـفَـضْـل
Dengan karunia dan keadilanNy
أَرْسَـلَ أَنْـبِيَا
Alloh telah mengutus para nabi yang memiliki 4 sifat yang wajib yaitu cerdas, jujur, menyampaik
وَجَـائِزٌ
Dan boleh didalam hak Rosul dari sifat manusia tanpa mengurangi
عِصْـمَـتُ
Mereka mendapat penjagaan Alloh (dari perbuatan dosa) seperti para malaikat seluruhnya
وَالْـمُسْ
Dan sifat mustahil adalah lawan dari sifat yang wajib maka hafalkanla
تَـفْصِيْـ
Adapun rincian nama para Rosul ada 25 itu wajib diketahui bagi setiap mukallaf, maka yakinilah dan ambilah keuntungan
هُمْ آدَمُ اِدْرِيْسُ
Mereka adalah Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud serta Sholeh, Ibrahim ( yang masing-mas
لُوْطٌ وَاِسْـمَا
Luth, Ismail dan Ishaq demikian pula Ya'qub, Yusuf dan Ayyub dan selanjutny
شُعَيْبُ هَارُوْنُ وَمُوْسَى وَالْـيَسَ
Syuaib, Harun, Musa dan Alyasa', Dzulkifli,
إلْـيَـاسُ
Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Thaha (Muhammad)
عَلَـيْـهِ
Semoga sholawat dan salam terkumpulk
وَالْـمَـل
Adapun para malaikat itu tetap tanpa bapak dan ibu, tidak makan dan tidak minum serta tidak tidur
تَفْـصِـيْ لُ عَشْرٍ مِنْهُمُ جِبْرِيْـل ُ مِـيْـكَـا لُ اِسْـرَافِ يْلُ عِزْرَائِـ يْلُ
Secara terperinci mereka ada 10, yaitu Jibril, Mikail, Isrofil, dan Izroil
Secara terperinci
مُـنْـكَرْ
Munkar, Nakiir, dan Roqiib, demikian pula ‘Atiid, Maalik, dan Ridwan dan selanjutny
أَرْبَـعَـ
Empat dari Kitab-Kita
زَبُـوْرُ دَاوُدَ وَاِنْـجِـ
Zabur bagi Nabi Dawud dan Injil bagi Nabi Isa dan AlQur’an bagi sebaik-bai
وَصُحُـفُ الْـخَـلِي
Dan lembaran-l
وَكُـلُّ مَـا أَتَى بِهِ الـرَّسُـو
Dan segala apa-apa yang disampaika
إِيـْمَـان
Keimanan kita kepada Hari Akhir hukumnya wajib, dan segala perkara yang dahsyat pada Hari Akhir
خَـاتِمَةٌ فِي ذِكْرِ بَاقِي الْوَاجِـب ِ مِمَّـا عَـلَى مُكَـلَّفٍ مِنْ وَاجِـبِ
Sebagai penutup untuk menerangka n ketetapan yang wajib, dari hal yang menjadi kewajiban bagi mukallaf
Sebagai penutup untuk menerangka
نَـبِـيُّـ
Nabi kita Muhammad telah diutus untuk seluruh alam sebagai Rahmat dan keutamaan diberikan kepada beliau SAW melebihi semua
أَبـُوْهُ عَـبْدُ اللهِ عَبْدُ الْمُطَّلِ ـبْ وَهَـاشِمٌ عَبْـدُ مَنَافٍ يَـنْـتَسِ بْ
Ayahnya bernama Abdullah putera Abdul Mutthalib, dan nasabnya bersambung kepada Hasyim putera Abdu Manaf
Ayahnya bernama Abdullah putera Abdul Mutthalib,
وَأُمُّـهُ
Dan ibunya bernama Aminah Az-Zuhriyy
مـَوْلِدُه
Lahirnya di Makkah yang aman, dan wafatnya di Toiybah (Madinah)
أَتَـمَّ قَـبْـلَ الْـوَحِيِ أرْبَعِيْن َا وَعُمْـرُه ُ قَـدْ جَـاوَزَ الـسِّـتِّ يْنَا
Sebelum turun wahyu, nabi Muhammad telah sempurna berumur 40 tahun, dan usia beliau 60 tahun lebih
Sebelum turun wahyu, nabi Muhammad telah sempurna berumur 40 tahun, dan usia beliau 60 tahun lebih
وسـَبْـعَة ٌ أَوْلاَدُه ُ فَـمِـنْـه ُـمُ ثَلاَثَـةٌ مِـنَ الـذُّكُـو ْرِ تُـفْهَمُ
Ada 7 orang putera-put eri nabi Muhammad, diantara mereka 3 orang laki-laki, maka pahamilah itu
Ada 7 orang putera-put
قـَاسِـمْ وَعَـبْدُ اللهِ وَهْوَ الطَّيـِّب
Qasim dan Abdullah yang bergelar At-Thoyyib
أَتَـاهُ إِبـْرَاهِ
Anak yang ketiga bernama Ibrohim dari Sariyyah (Amat perempuan)
وَغَـيْـرُ
Selain Ibrohim, ibu putera-put
وَأَرْبَعٌ
Dan 4 orang anak perempuan Nabi akan disebutkan
فَـاطِـمَـ
Fatimah Az-Zahro yang bersuamika
فَـزَيْـنَ
Kemudian Zaenab dan selanjutny
عَـنْ تِسْـعِ نِسْوَةٍ وَفَاةُ الْمُصْطَف
Dari 9 istri Nabi ditinggalk
عَـائِـشَـ
Aisyah, Hafshah, dan Saudah, Shofiyyah,
هِنْـدٌ وَ زَيْـنَبٌ كَـذَا جُوَيـْرِي
Hindun dan Zaenab, begitu pula Juwairiyya
حَـمْـزَةُ
Hamzah adalah Paman Nabi demikian pula ‘Abbas, Bibi Nabi adalah Shofiyyah yang mengikuti Nabi
وَقَـبْـلَ هِـجْـرَةِ النَّـبِيِ ّ اْلإِسْرَا مِـنْ مَـكَّـةٍ لَيْلاً لِقُدْسٍ يُدْرَى
Dan sebelum Nabi Hijrah (ke Madinah), terjadi peristiwa Isro’. Dari Makkah pada malam hari menuju Baitul Maqdis yang dapat dilihat
Dan sebelum Nabi Hijrah (ke Madinah), terjadi peristiwa Isro’. Dari Makkah pada malam hari menuju Baitul Maqdis yang dapat dilihat
بَـعْـدَ إِسْـرَاءٍ عُـرُوْجٌ لِلـسَّمَا حَتىَّ رَأَى الـنَّـبِـ يُّ رَبـًّا كَـلَّمَا
Setelah Isro’ lalu Mi’roj (naik) keatas sehingga Nabi melihat Tuhan yang berkata-ka ta
Setelah Isro’ lalu Mi’roj (naik) keatas sehingga Nabi melihat Tuhan yang berkata-ka
مِنْ غَيْرِ كَيْفٍ وَانْحِصَا
Berkata-ka
وَبَــلَّـ
Dan Nabi telah menyampaik
قَـدْ فَـازَ صِـدِّيْقٌ
Sungguh beruntung sahabat Abubakar As-Shiddiq
وَهَــذِهِ
Inilah keterangan
نـَاظِـمُ تِلْـكَ أَحْـمَدُ الْمَرْزُو
Yang di nadhomkan oleh Ahmad Al Marzuqi, seorang yang bernisbat kepada Nabi Muhammad (As-Shodiq
وَ الْحَـمْـد
Dan segala puji bagi Allah serta Sholawat dan Salam tercurahka
وَاْلآلِ وَالـصَّـح
Juga kepada keluarga dan sahabat serta orang yang memberi petunjuk dan orang yang mengikuti petunjuk
وَأَسْـأَل ُ الْكَـرِيْ مَ إِخْـلاَصَ الْعَمَلْ ونَـفْـعَ كُـلِّ مَنْ بِهَا قَدِ اشْتَغَلْ
Dan saya mohon kepada Allah yang Maha Pemurah keikhlasan dalam beramal dan manfaat bagi setiap orang yang berpegang teguh pada aqidah ini
Dan saya mohon kepada Allah yang Maha Pemurah keikhlasan
أبْيَاتُهَ
Nadhom ini ada 57 bait dengan hitungan abjad, tahun penulisann
سَـمَّـيْـ
Aku namakan aqidah ini Aqidatul Awwam, keterangan
Subscribe to:
Posts (Atom)