Sunday, 13 May 2012

PERTOLONGAN DARI DIA..






Bismillahirrahmnirrahim..

Alhamdulillah..punya kesempatan mencuri masa seketika di sini..
Syukur pada Allah kerna berjaya menyatukan hati-hati kami semua untuk duduk berfikir dan berzikir kepadaMU..

Kelmarin,aku berpicnic bersama adik2 yang baru menjejakkan kaki di sini. Alhamdulillah,berjaya mengikat tali ukhuwah dengan lagi erat dan kejap.
Banyak yang aku nak story pasal apa yang dapat daripada picnic semalam tapi memandangkan aku hanya 'mencuri' sedikit waktu,jadi aku akan update pasal picnic di entry yang lain..

Ini juga kisah semalam. Bulan ni aku akui wang poket laju keluar mengalir macam air..huhu
Banyak perkara yang perlu aku setelkan.bayaran dan hutang2 yang tertunggak (baca:bukan hutang along)
Tapi aku tahu kemana wang aku mengalir.Laju menderu dalam aliran dakwah dan tarbiyah. Moga harta yang sedikit itu menjadi bekal buat aku di sana.Amiin..

Ahh..banyaknya intro..ok back to the point. Semalam selepas selesaikan bayaran2 yang sepatutnya, aku jenguk dalam purse aku yang sudah nipis. Hanya tinggal beberapa not seratus yang tinggal. Buat belanja bulan ini yang masih berbaki kurang lebih 2 minggu sebelum elaun masuk untuk bulan depan. Sengaja aku tak mahu usik duit dalam bank sebab yang tinggal adalah duit simpanan bulanan.

Sedih..hati aku sedikit sedih. Aku tak nafikan walaupun aku tahu ke mana duit itu pergi. Namun Allah itu tahu setiap detikan dalam hati hambanya. Ketika sampai di taman dan bersiap-siap 'unpack' barang untuk picnic, aku mengeluarkan tafsir Al-Quran dari dalam beg. Tiba2 aku terlihat sekeping not seribu dan not seratus. Hati aku sebak. Betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang terlintas dalam hati hambanya. Aku bersyukur ya Allah..benar apa yang tertulis dalam kalam suciNya:


“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)

Sungguh..Allah itu dekat,dan mintalah kepada Allah kerana dia Maha Mendengar...

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" (Al-Baqarah:186)

Hingga bertemu lagi InsyaAllah..:)



No comments:

Post a Comment