"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya..."( Al-Israa' : 23 )
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah masih diberi ruang masa untuk terus menulis di IO (baca:inside outside). Hari ni 13 Mei 2012, hari Ahad minggu ke 3 bulan Mei. Aku kira semua sedia maklum hari Ahad minggu ke-3 bulan Mei setiap tahun adalah Hari Ibu. Bagi aku hari-hari adalah hari ibu dan ayah. Walaupun aku jarang sekali melafazkan dengan kata-kata tapi aku selalu mendoakan mereka.

Tahun ni ada 3 insan yang aku sayangi yang bergelar mak dan ibu. InsyaAllah jumlah mereka akan bertambah bulan depan kerana lagi seorang tengah sabar dan nerves menghitung hari-hari untuk bergelar seorang ibu.
Sungguh mulia dan ajaibnya kasih seorang ibu. Kasih sayang tanpa syarat. Dari kecil sampai usia aku menginjak 18 tahun, tak pernah aku berjauhan dengan mak dan ayah. Perhitungan Allah yang Maha Pengasih telah membawa aku merantau menimba ilmu di bumi Al-Maududi ini banyak mengajar aku erti rindu. Erti sayang dan erti menghargai.
Sebagai seorang yang macho lagi bergaya *errkk..* aku tak pernah melafazkan kata-kata sayang untuk mak 'face to face'. Tapi sejak aku jauh beribu batu dari rumah, aku tak pernah lupa wish besday,ucap selamat hari ibu or ucapkan kata-kata berbunga indah buat mak. Tapi bila balik bercuti kat Malaysia, budak yang macho lagi bergaya ni malu-malu kucing nak pamerkan kasih sayang...*sigh*
Apapun,aku bersyukur kerna Allah SWT maha Pemurah kerna masih membenarkan aku merasai kasih sayang insan bergelar ayah dan ibu. Insyaallah aku berjanji akan terus berusaha membahagiakan mereka selagi hayat dikandung badan.
-gambar mak n ayah ketika jalan2 di Putrajaya sebelum aku fly-
-dua orang 'mak cik' ni dah jadi ibu-
-saat-saat bahagia orang yang tengah menghitung hari bergelar ibu n ayah-
Adik saaaaaaaayyyyannnnng mak dan ayah sangat2..:)
InsyaAllah hingga ketemu lagi..selamat menyambut hari ibu :)
No comments:
Post a Comment