Bismillahirrahmanirrahhim..
Alhamdulillah wa syukurillah masih diberi nafas untuk menghirup udara segar di bumi Al-Maududi ini. Kalau dibelek-belek senggang masa antara entry ini dengan entry yang lepas,lebih kurang 5 bulan aku tidak mengupdate blog ni. Bukan aku tak sudi menulis sebarang entry,tapi selepas apa yang berlaku 5 bulan lepas banyak melunturkan rutin harian aku. Dan kini aku masih berjuang mengembalikan himmah dalam diri untuk terus bergerak melaju.
Doakan aku rakan-rakan..
Kisah 5 Bulan Lalu
Tanggal 23 Januari 2012 akan kekal terpahat dalam ingatan insyaAllah selagi mana Allah masih memberi aku ruang untuk mengingatinya.Aku dan seorang sahabat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masih segar hingga kini apa yang berlaku. Allah memberi aku peluang untuk melihat dan merasainya sendiri. Maha Suci Allah yang berkuasa keatas setiap hambanya. Sesungguhnya aturan Allah itu lebih hebat dari apa yang manusia rancangkan.
Aku masih ingat, hari itu adalah hari Isnin. Aku berada dalam rotation Medicine,menghabiskan saki-baki sebulan sebelun End Of Posting(EOP) exam. Pada hari itu, posting tamat awal pada waktu Zohor.
Seperti kebiasaannya, aku dan sahabatku, A akan pulang bersama menaiki motor. A akan menunggang motor yang baru beberapa minggu dibelinya dan aku hanyalah sebagai pembonceng kerana aku memang takut untuk menunggang motor di jalan raya yang sesak.
Sebelum keluar dari kawasan hospital, A meminta aku mengambil motornya dari tempat parking dan membawanya ke hadapan bangaunan akademik kerana dia perlu menyelesaikan beberapa urusan. Aku akur untuk membawa motornya kerana jarak dari kawasan ke bengunan akademik hanya 'sejengkal' cuma. Ketika mengambil motor di tempat parking,pak cik jaga yang mengawal tempat parking sempat memandang aku kehairanan kerana aku yang membawa motor,bukan A. Rupa-rupanya pakcik itu sudah kenal benar dengan muka-muka kami student Malaysia yang majoritinya menaiki motorsikal.
Selepas urusan A selesai, kami seperti biasa menunggang motorsikal pulang ke rumah dengan segera memandangkan waktu Zohor sudah lama berlalu. Segalanya lancar hinggalah ketika kami tiba simpang empat berdekatan dengan kawasan pembinaan 'fly over'. Kejadian itu berlaku sekelip mata...
========================================================================
To be continued..insyaAllah
p/s: catatan ini terpaksa dihentikan di sini dan akan disambung di lain hari..doakan aku diberi kesempatan masa untuk terus menukilkan pena di sini
p/s lagi: maafkan aku kerana catatan pengalaman ini seperti menulis karangan SPM..huhu *sigh*

No comments:
Post a Comment