Sunday, 13 May 2012

PERTOLONGAN DARI DIA..






Bismillahirrahmnirrahim..

Alhamdulillah..punya kesempatan mencuri masa seketika di sini..
Syukur pada Allah kerna berjaya menyatukan hati-hati kami semua untuk duduk berfikir dan berzikir kepadaMU..

Kelmarin,aku berpicnic bersama adik2 yang baru menjejakkan kaki di sini. Alhamdulillah,berjaya mengikat tali ukhuwah dengan lagi erat dan kejap.
Banyak yang aku nak story pasal apa yang dapat daripada picnic semalam tapi memandangkan aku hanya 'mencuri' sedikit waktu,jadi aku akan update pasal picnic di entry yang lain..

Ini juga kisah semalam. Bulan ni aku akui wang poket laju keluar mengalir macam air..huhu
Banyak perkara yang perlu aku setelkan.bayaran dan hutang2 yang tertunggak (baca:bukan hutang along)
Tapi aku tahu kemana wang aku mengalir.Laju menderu dalam aliran dakwah dan tarbiyah. Moga harta yang sedikit itu menjadi bekal buat aku di sana.Amiin..

Ahh..banyaknya intro..ok back to the point. Semalam selepas selesaikan bayaran2 yang sepatutnya, aku jenguk dalam purse aku yang sudah nipis. Hanya tinggal beberapa not seratus yang tinggal. Buat belanja bulan ini yang masih berbaki kurang lebih 2 minggu sebelum elaun masuk untuk bulan depan. Sengaja aku tak mahu usik duit dalam bank sebab yang tinggal adalah duit simpanan bulanan.

Sedih..hati aku sedikit sedih. Aku tak nafikan walaupun aku tahu ke mana duit itu pergi. Namun Allah itu tahu setiap detikan dalam hati hambanya. Ketika sampai di taman dan bersiap-siap 'unpack' barang untuk picnic, aku mengeluarkan tafsir Al-Quran dari dalam beg. Tiba2 aku terlihat sekeping not seribu dan not seratus. Hati aku sebak. Betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang terlintas dalam hati hambanya. Aku bersyukur ya Allah..benar apa yang tertulis dalam kalam suciNya:


“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)

Sungguh..Allah itu dekat,dan mintalah kepada Allah kerana dia Maha Mendengar...

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" (Al-Baqarah:186)

Hingga bertemu lagi InsyaAllah..:)



Saturday, 12 May 2012

SUNGGUH AKU RINDU



Bismillahirrahmanirrahim..

Sungguh aku rindu..
Rindu untuk bertandang ke sana..
Selalunya rindu akan bertandang bagi orang yang pernah ke sana. Orang yang pernah menjejakkan kaki di Tanah Al-Haram itu..
Tapi aku bukan seperti mereka. Belum pernah sampai ke sana tap aku sudah punya rindu.
Rindu yang tak dapat diungkapkan.
Cemburu melihat mereka yang sudah sampai di sana..bilakah tiba saat untuk aku..

Sungguh aku rindu..
Rindu berada di hadapan Baitullah..
Setiap kali melihat suasana di masjidil haram..berjuta-juta insan berkumpul dari segenap tempat, air mata laju mengalir. Cuba untuk bersabar. Tidak semua insan diberi peluang oleh Allah untuk menyahut panggilan-Nya ke sana.

Sungguh aku rindu..
Rindu untuk berdiri di bumi Madinah..
Bumi yang penuh barakah peninggalan Rasulullah.
Mungkin masanya belum tiba namun aku tak putus berdoa.
Moga masanya akan tiba jua
Selagi aku masih bernyawa..insyaAllah

NUMBER ONE FOR ME..


 "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya..."( Al-Israa' : 23 )

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah masih diberi ruang masa untuk terus menulis di IO (baca:inside outside). Hari ni 13 Mei 2012, hari Ahad minggu ke 3 bulan Mei. Aku kira semua sedia maklum hari Ahad minggu ke-3 bulan Mei setiap tahun adalah Hari Ibu. Bagi aku hari-hari adalah hari ibu dan ayah. Walaupun aku jarang sekali melafazkan dengan kata-kata tapi aku selalu mendoakan mereka.

Tahun ni ada 3 insan yang aku sayangi yang bergelar mak dan ibu. InsyaAllah jumlah mereka akan bertambah bulan depan kerana lagi seorang tengah sabar dan nerves menghitung hari-hari untuk bergelar seorang ibu.

Sungguh mulia dan ajaibnya kasih seorang ibu. Kasih sayang tanpa syarat. Dari kecil sampai usia aku menginjak 18 tahun, tak pernah aku berjauhan dengan mak dan ayah. Perhitungan Allah yang Maha Pengasih telah membawa aku merantau menimba ilmu di bumi Al-Maududi ini banyak mengajar aku erti rindu. Erti sayang dan erti menghargai.

Sebagai seorang yang macho lagi bergaya *errkk..* aku tak pernah melafazkan kata-kata sayang untuk mak 'face to face'. Tapi sejak aku jauh beribu batu dari rumah, aku tak pernah lupa wish besday,ucap selamat hari ibu or ucapkan kata-kata berbunga indah buat mak. Tapi bila balik bercuti kat Malaysia, budak yang macho lagi bergaya ni malu-malu kucing nak pamerkan kasih sayang...*sigh*

Apapun,aku bersyukur kerna Allah SWT maha Pemurah kerna masih membenarkan aku merasai kasih sayang insan bergelar ayah dan ibu. Insyaallah aku berjanji akan terus berusaha membahagiakan mereka selagi hayat dikandung badan.


-gambar mak n ayah ketika jalan2 di Putrajaya sebelum aku fly-


-dua orang 'mak cik' ni dah jadi ibu-


-saat-saat bahagia orang yang tengah menghitung hari bergelar ibu n ayah-


Adik saaaaaaaayyyyannnnng mak dan ayah sangat2..:)
InsyaAllah hingga ketemu lagi..selamat menyambut hari ibu :)

Friday, 11 May 2012

IT'S JUMUAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..it's Jumuah..Salam jumaat buat semua.
Pagi ni sangat bersemangat sebab tak ade kelas pagi, so tak perlu nak rush di awal pagi,iron baju, breakfast dan kejar bas nak ke hospital..hehe.Pagi-pagi lagi dah dapat mesej salam jumaat dari sahabat. *Senyum sampai telinga*

Masih punya masa bagi muslimin bersiap-siap ke masjid untk solat jumaat. Bagi muslimat,jangan lupa membaca surah Al-kahfi (baca: peringatan untuk diri sendiri jugak)

Akhir sekali,semoga Jumaat kita hari ini diisi dengan perkara yang bermanfaat :)
Hingga ketemu lagi,insyaAllah.



p/s: tak sabar nak berpicnic dengan adik2 tersayang yang baru menjejakkan kaki di bumi Al-Maududi :)
p/s lagi: entry 'MASIH KEKAL DALAM INGATAN' part 2 belum terhupdate lagi..huhu maaf ya :(





Tuesday, 8 May 2012

KEKAL DALAM INGATAN

Bismillahirrahmanirrahhim..

Alhamdulillah wa syukurillah masih diberi nafas untuk menghirup udara segar di bumi Al-Maududi ini. Kalau dibelek-belek senggang masa antara entry ini dengan entry yang lepas,lebih kurang 5 bulan aku tidak mengupdate blog ni. Bukan aku tak sudi menulis sebarang entry,tapi selepas apa yang berlaku 5 bulan lepas banyak melunturkan rutin harian aku. Dan kini aku masih berjuang mengembalikan himmah dalam diri untuk terus bergerak melaju.
Doakan aku rakan-rakan..

Kisah 5 Bulan Lalu

Tanggal 23 Januari 2012 akan kekal terpahat dalam ingatan insyaAllah selagi mana Allah masih memberi aku ruang untuk mengingatinya.Aku dan seorang sahabat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masih segar hingga kini apa yang berlaku. Allah memberi aku peluang untuk melihat dan merasainya sendiri. Maha Suci Allah yang berkuasa keatas setiap hambanya. Sesungguhnya aturan Allah itu lebih hebat dari apa yang manusia rancangkan.

Aku masih ingat, hari itu adalah hari Isnin. Aku berada dalam rotation Medicine,menghabiskan saki-baki sebulan sebelun End Of Posting(EOP) exam. Pada hari itu, posting tamat awal pada waktu Zohor.
Seperti kebiasaannya, aku dan sahabatku, A akan pulang bersama menaiki motor. A akan menunggang motor yang baru beberapa minggu dibelinya dan aku hanyalah sebagai pembonceng kerana aku memang takut untuk menunggang motor di jalan raya yang sesak.

Sebelum keluar dari kawasan hospital, A meminta aku mengambil motornya dari tempat parking dan membawanya ke hadapan bangaunan akademik kerana dia perlu menyelesaikan beberapa urusan. Aku akur untuk membawa motornya kerana jarak dari kawasan ke bengunan akademik hanya 'sejengkal' cuma. Ketika mengambil motor di tempat parking,pak cik jaga yang mengawal tempat parking sempat memandang aku kehairanan kerana aku yang membawa motor,bukan A. Rupa-rupanya pakcik itu sudah kenal benar dengan muka-muka kami student Malaysia yang majoritinya menaiki motorsikal.

Selepas urusan A selesai, kami seperti biasa menunggang motorsikal pulang ke rumah dengan segera memandangkan waktu Zohor sudah lama berlalu. Segalanya lancar hinggalah ketika kami tiba simpang empat berdekatan dengan kawasan pembinaan 'fly over'. Kejadian itu berlaku sekelip mata...

========================================================================

To be continued..insyaAllah

p/s: catatan ini terpaksa dihentikan di sini dan akan disambung di lain hari..doakan aku diberi kesempatan masa untuk terus menukilkan pena di sini

p/s lagi: maafkan aku kerana catatan pengalaman ini seperti menulis karangan SPM..huhu *sigh*