Saturday, 31 December 2011

D

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang untuk berkongsi tinta pena di sini. Hari ni hari terakhri dalam kalendar 2011. Lagi dua jam menanti kemunculan tahun baru,2012. Sempat mengintai perkembangan di Malaysia sebentar tadi. Sambutan tahun baru yang gah dengan pelbagai cara.

Tahun baru. Azam pon kena baru. Alhamdulillah semalam berjaya mengumpulkan hati-hati yang sentiasa dahagakan pengisian rohani. Hati-hati yang terikat untuk sama-sama mencari cinta Sang Rabbi. Berbincang dan bertukar pendapat mengenai impian dan harapan untuk diri. Doa ini tak pernah putus untuk mereka. Semoga Allah bukakan rahmat dan hidayah untuk kami semua.Amin.

**********************************************************************************
D.
Dia yang paling aku rapat
Dia yang banyak bercakap-cakap
Dia yang paling muda antara semua
Dia yang paling manja

Aku gembira melihat perubahan dia. Aku berdoa agar dia terus kuat. Seringkali dia mengeluh akan dirinya yang lemah. Aku akui bukan mudah untuk dia lalui semua ini. Namun aku percaya dia boleh lakukan.

wahai adikku,
perjalanan ini masih panjang.
walaupun kau bertatih,tapi ingatlah kelak kakimu itu akan boleh berlari
berlari selaju yang kau mahu
ingatlah duhai adikku
usah kau pandang neraca pandangan manusia
andai kau terus-terusan menimbang neraca mereka,kau sendiri akan lemah
ringan ditiup angin
tapi adikku,neraca Allah itu paling utama
segala-galanya ditujukan hanya padaNya
teruslah bertatih
teruslah bertahan
sesungguhnya engkau telah mulakan langkah pertama
teruslah ke garisan sempurna
agar kau gapai semua cintaNya.

D.
Dia telah memulakan langkahnya.Aku dapat merasai perubahannya. Aku berdoa semoga dia terus istiqamah. Ya Allah,Engkau kuatkanlah hati kami dalam mujahadah mencari cintaMu yang hakiki. Amin.


"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit." (Mutafaqun 'Alaih)


D.
Doakan untuk dia :)


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Ar-Ra'ad,13:11)



Hingga ketemu lagi,insyaAllah

2012-TETAPLAH BERTAHAN


ASLI...
SUSAH...
PANJANG..


teruslah bertahan wahai jundi-jundi Allah.




semangat dan azam untuk tahun baru :))
semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari yang telah dilalui.


p/s: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 


hingga ketemu lagi,insyaAllah :)

8926

8926...
Only He knows. May He shows me the best. Berserah.

Till we meet again,insyaAllah :)

Thursday, 29 December 2011

REHATKAN KAMI DENGAN SOLAT

"Bawalah hati untuk berehat,dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, 'rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!'...


p/s: terkesan dengan tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi :)

SI DEBAB

budak debab yang dah pandai menyampuk orang lain bersembang. My lil girl,mak usu is really missing u so much..feel like i wanna fly rite now going back to malaysia..:((

NIKMAT IMAN

“..Dengan keimanan inilah, jiwa-jiwa kita akan lebih merasai kenikmatan dan kemanisan kehidupan yang sebenar. Tatkala, manusia lain diuji dengan pelbagai ujian sehingga mereka tertekan, bimbang, tension dan resah – tetapi, kita ada tempat untuk bersandar, berharap dan bergantung.Ketika itu, kita sentiasa menyuburkan harapan kita terhadap-Nya...”

p/s:terbaca di blog seseorang,moga mendapat manfaat :)

YANG PALING BIJAK



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini. Sejak seminggu yang lalu,diri disibukkan dengan pelbagai urusan. Kelemahan jiwa di saat-saat tekanan bertambah menyebabkan diri ini terlalai dari matlamat yang dituju. Astaghfirullah.Betapa hati ini lemah ya Allah.

**********************************************************************************

Hari ini seperti biasa menghabiskan kebanyakan waktu di ward. Walaupun hati berdebar menunggu case presentation,namun hatiku mendesak untuk bersama-sama rakan yang lain mengikut seorang pesakit cancer melakukan radiotherapy. Pertama kali masuk ke bilik khas untuk prosedur chemo dan radiotherapy. Bilik yang dibina dengan pelbagai ciri keselamatan. Kagum seketika dengan kecanggihan perubatan di sini. Patient yang kami ikut merupakan seorang patient yang disahkan menghidap rhabdomyosarcoma. Cancer yang jarang berlaku. Secara ringkasnya,cancer ini telah menyebabkan patient tersebut mengalami lumpuh di bahagian lower limb (pinggang->kaki). Pesakit adalah seorang wanita yang masih muda tetapi memiliki hati yang cekal. Berdasarkan penerangan doktor,cancer ini juga amat aggresive dan mempunyai potensi recurrence yang tinggi.. prosedur radiotherapy ini hanya sebagai palliative care(kawalan) untuk mengawal symptoms.

Ketika melihat prosedur dijalankan,aku bertanyakan tentang survival rate pesakit tersebut. Kami berbincang sesama sendiri jika kami berada dalam  kondisi sebagai doktor,bagaimana akan kami jelaskan terhadap pesakit atau keluarga mereka tentang survival rate pesakit yang singkat.Susah.Namun inilah salah satu liku cabaran yang bakal dihadapi.

**********************************************************************************

Aku berfikir sendiri. Andai aku berada di tempat pesakit itu,bagaimana reaksi aku menerima ujian yang sangat berat ini. Adakah keimanan aku masih tega menerima takdir yang Allah tetapkan. Hidup ini sukar dijangka.

Hari ini--->alhamdulillah
Esok----->insyaAllah

Mungkin hari ini kita masih boleh bergelak ketawa bersama orang tersayang. Bersama ibu,ayah atau teman-teman. Hari esok dan hari-hari mendatang tiada siapa yang tahu melainkan Dia yang sudah mengaturkan segalanya untuk kita. Mungkin hari esok kita tiada lagi di dunia ini.

Rasulullah saw sendiri berpesan bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri menghadapinya.

**********************************************************************************
Tatkala melangkah keluar dari bilik radiotherapy,aku tertanya-tanya. Muhasabah mengkoreksi diri yang sering alpa.Adakah aku menggunakan seoptimumnya masa hidupku ini untuk membenihkan ladang yang akan dituai di akhirat kelak. Jika mahu dihitung,benih yang ditanam masih belum berbunga lebat. Bahkan ada benih yang masih belum tumbuh subur. Aku perlu bekerja keras. Mengumpul bekalan untuk kehidupan di sana.

Di sudut hati kecil ini,aku kagum dengan wanita itu. Renungan mata yang mempunyai seribu kata yang sukar aku ungkapkan. namun aku berdoa semoga dia terus tabah demi meneruskan kehidupan. Semoga kita benar-benar menghargai hayat yang seketika cuma ini.

p/s: maaf andai tidak memahami perkataan medic yang aku guna.Baru aku tahu susah untuk aku translate perkataan medic ke bahasa Melayu..maafkan diri ini :(

Hingga ketemu lagi,InsyaAllah :)

Wednesday, 28 December 2011

TENANGLAH DUHAI HATI

hati yang mudah untuk dibolak-balikkan
perasaan yang tak keruan
jiwa yang tak tenteram
sukar diungkapkan dengan ucapan
hanya hati yang bisa merasainya
.titik.


***************************************

Ya Allah,aku mohon ketenangan hati yang hakiki
  ~wassalam~

Thursday, 22 December 2011

ADIK-ADIK

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,baru balik dari rumah adik-adik.Beberapa jam bersama mereka dapat melupakan penat seharian di hospital. Terima kasih ya Allah atas ukhuwah ini.
Adik-adik yang tersayang..insyaAllah kakak-kakakmu ini akan sentiasa berada di samping kalian. Dalam susah atau senang.   ingatlah,Allah menguji kalian kerana  Allah sayangkan kalian.Bersabarlah dalam ujian ini.


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

( Al Fatir 35 : 15)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan.”

Hingga ketemu lagi.

HAMBA YANG BERTAQWA


Bertaqwalah ketika berbicara, kerana Dia pasti menguji apa yang kita kata.
Bertaqwalah ketika melakar tinta, kerana Dia akan menguji segala
yang dicoret oleh pena
Bertaqwalah ketika menghubungkan persaudaraan, kerana Dia akan menguji ketulusan ukhuwah yang dibina
Bertaqwalah ketika memberi, kerana Dia akan menguji keikhlasan hati
Bertaqwalah ketika menerima, kerana Dia berhak untuk mengambilnya semula
Bertaqwalah ketika meniti kehidupan, kerana Dia mengamati dan menilai setiap perbuatan
Bertaqwalah ketika ditegur atau dikritik menguris rasa, kerana Dia sedang menguji kerendahan jiwa
Bertaqwalah kepada-Nya, kerana kamu adalah hamba!
-
http://brohamzah.blogspot.com-

Tuesday, 20 December 2011

SIAPA PENEMAN KITA


kata Imam Ghazali rhm:
“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.

Monday, 19 December 2011

TINGGI~RENDAH

"Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar (melebihkan orang lain melebihi diri sendiri..)"

^___^

Sunday, 18 December 2011

MEREKA YANG SALING MENGUATKAN



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..thumma alhamdulillahWalaupun mata dah jadi sepet macam anak cina tapi tetap nak tulis kat sini sebelum esok menanti. Mungkin minggu depan akan start busy dengan rotation baru. Major rotation yang perlukan diri untuk lebih fokus.
Walaupun badan dah lenguh-lenguh namun hati puas dapat menggembirakan mereka.Insan-insan yang berkasih sayang dan saling menguatkan di jalan ini.
Mungkin hujung minggu kami berbeza dengan yang lain. Menerima mereka sebagai tetamu yang pasti melimpahkan rezeki dan datang membawa rahmat tidak pernah kami sangka. Namun aku yakin dengan tautan hati yang sedang dibina. Moga Allah redha.



Malam semalam bersama adik-adik tersayang. Sama-sama membasahkan hati. Saling membakar semangat diri dalam perjalanan meng'izzahkan syiar ini.
Sebelum subuh,masing-masing sudah berdiri menghadap Ilahi. Sujud merintih memohon ampunan dan redha Ilahi. Ketika azan subuh bergema di hening pagi,dalam kesejukan yang menggigit diri,aku terpacak menungggu mereka. Hamdallah meniti di bibir bila masing-masing menguntum senyuman berjabat tangan.

Walaupun bersama mereka buat seketika,namun ikatan yang terbina bagai terpatri sekian lama. Inilah kemanisan ukhuwah yang mengakar di bawah redha Ilahi.InsyaAllah.

Kesunyian kembali kami di sini bila masing-masing pulang ke pangkuan family. Dengan iringan doa kami untaikan semoga ukhuwah ini terus membungakan mahabbah Ilahi. Benarlah mereka datang membawa rezeki,semoga pulangnya mereka dapat mengurangkan beban dosa di bayt ini.Rezeki yang datang tanpa putus dari jiran tetangga dan adik-adik tersayang membenarkan semua.Moga penat lelah ini dapat menjadi saksi ikatan hati. Kami di sini sentiasa menanti untuk terus meniupkan angin persahabatan di bawah redha Ilahi. Insyaallah.


Hingga ketemu lagi insyaAllah :)

Friday, 16 December 2011

IBRAH DARI TA'IF



Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni supposely ada exam end of rotation tapi pagi tadi dapat berita exam ditunda ke hari esok. Pospone exam bererti masih ada peluang untuk aku mengahabiskan bacaan untuk exam esok.Moga dipermudahkan.

Pagi tadi waktu scroll down tengok slides,dapat mesej dari adik. Mesej yang mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang. Tapi mesej itu mengetuk hati aku. Sedih. Sampai satu tahap aku rasakan diri aku lemah sekali.Aku menangis. Hilang focus untuk study. Tapi aku cuba optimis. Aku tahu,berada di jalan ini bukan mudah. Jalan yang penuh dengan rintangan. Jalan yang memerlukan kita berkorban atau akhirnya kita akan terkorban.

Tiba-tiba aku teringat kisah kekasih Allah. Kisah perjuangan dakwah baginda di Ta'if. Cepat-cepat aku buka Raheeq Makhtum. Scroll down topik dakwah di Ta'if. Aku mencari kekuatan di sebalik doa baginda ketika berehat di bawah pokok anggur. Sebak.


Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya
ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi
hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah
dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang
menyahut seruan dakwahnya:
"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku
di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan
lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah
kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau ben kuasa
mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dari
Mu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,
dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari
terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat
kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan".- petikan dari Raheeq Makhtum (The Sealed Nectar)


Aku baca berulang kali doa Rasulullah. Dalam sedu-sedan aku seakan-akan memperoleh satu kekuatan. Sedang kekasih Allah reda diuji,bagaimana pula aku yang hanya insan biasa. Siapa aku untuk menafikan ujian Allah. Cuba untuk berfikiran positif. Aku sedaya-upaya menenangkan hati. Mungkin bukan masanya lagi.
Aku mohon Allah mudahkan apa yang aku harapkan dari mereka. Pada masa yang sama aku sendiri perlu melaju. Betulkan niat untuk sentiasa ikhlas. Aku akui bukan mudah namun ia tak susah. Janji Allah itu benar.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (QS Al Baqarah 2 : 214)






Hingga ketemu lagi,insyaAllah :)

Thursday, 15 December 2011

PERJUANGAN INI MASIH PANJANG..


BILA EMAK BERSUARA

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah,masih segar menghirup udara di sini. Dua tiga hari ni terasa sedikit kepenatan. Berkejar-kejar dari rumah ke hospital. Siapkan kerja-kerja last minute sebelum tukar rotation. Minggu-minggu terakhir rotation amat memenatkan. Alhamdulillah masih ada yang memahami..jazakillah ukhti..:)

Esok end posting exam terakhir untuk rotation ni. Moga Allah permudahkan. Saki baki masa yang ada haruslah dipenuhi dengan mengadap si Hamzah (baca : laptop HP) untuk baca slide dan belek-belek nota untuk clinical examination.untuk kamu yang membaca nukilan ini,mohon tembakan doa dari kalian :))

Semalam kol mak. Lama kami bersembang sampai bil melambung tinggi.Adoii..tapi berbaloi dapat berborak panjang dengan insan tersayang :)

Bila keluar soal perbelanjaan yang semakin susut, mak seakan risau. Jangan risau mak,insyaAllah anak mak bijak berbelanja..hehe
Semalam jugak buka cerita pasal beli buku dan tudung. Cerita dekat mak,aku mintak tolong abang transfer duit untuk proses pembelian. Tiba-tiba mak cakap,
"dekat Tg.Malim banyak tudung labuh. Tudung empat segi. Masa pi hari tu dengan mak chaq (baca: ibu saudara) mak cakap la,mesti adik suka tudung labuh macam ni"
Aku terkedu dengan cerita mak
"banyak ke mak tudung kat sana??"
"banyak..macam-macam saiz. Besar-besar,lagi besar dari adik pakai pon ade. Adik kirim la kat kak sebelum dia balik nanti."



Entah kenapa,hati aku berbunga riang. Tanpa sebab yang dapat aku huraikan,aku bersyukur. Memang susah untuk meyakinkan orang lain,tapi aku percaya setiap tindakan baik yang kita lakukan,insyaAllah akan dipermudahkan. Sesungguhnya da'ie ini menjadi perhatian masyarakat. Paling mudah,mereka adalah qudwah. Bukankah dalam takrifan dakwah sendiri ada disebutkan, 'dakwah bil kalimah wal quddwatun hasanah'.

Terbaca status anonymous:
"orang yang berdakwah tidak semestinya memakai tudung labuh tetapi orang yang memakai tudung labuh itu sebenarnya sedang berdakwah"





Senyum sebentar bila baca kata-katanya :))

Hingga ketemu lagi,insyaAllah :)

Wednesday, 14 December 2011

INSYAALLAH

‎"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu esok pagi". Kecuali dengan mengatakan INSYAALLAH. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa..." (Al-Kahfi:23-24)


Hingga ketemu lagi,insyaAllah :)

SATU-SEMBILAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,hari ni habis exam emergency medicine. present depan doctor yang sentiasa cool..patut la dia diletakkan kat ICU.Even serious case pon dia handle dengan cool. Tak kelam kabut. Overall alhamdulillah.. dah berusaha buat semampu mungkin. Maybe at one side aku still boleh berusaha dengan lebih lagi..insyaAllah belajar dari kelalaian.

Petang tadi saje sembang-sembang dengan housemate kat meja kopi yang cute kat dapur. Penah satu malam tu budak yang paling muda dalam bayt ni tegur kami berdua yang macam ayah dan mak. tengah-tengah malam minum kopi sambil borak-borak kat dapur..haishh..

sangat best kalau ade ruang macam ni untuk sembang petang :)

Sembang petang tadi sambil isi perut yang lapar akibat berkejar-kejar dari bayt ke hospital. Semua ni akibat siapkan log book yang kena hantar on the spot..Dusshh..memang kena sebijik kat kepala..no more procrastination.Lawan nafsu malas :(

gambar hiasan

Sambil dia masak-masak, aku banyak tanya..minta pendapat dia..mainly mengenai fitrah insan yang bergelar kaum hawa. Terkenal dengan pengaruh emosi. Dia pun ada tanya pendapat aku tentang analogi dia. Kisah A dan B..Aku pulak kisah B dan C..masing-masing beranalogi sendiri.
kesimpulan daripada analogi masing-masing-->PEREMPUAN BANYAK DIPENGARUHI OLEH EMOSI
Okayh..tembakan buat diri. Jangan biarkan emosi menguasai. Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal "perempuan ada 9 emosi dan 1 rasional,lelaki ada 9 rasional 1 emosi" errr..aseef ustaz kalau tersalah,mohon betulkan :)

hanya iman boleh menangkis penangan emosi :)

Kesimpulan lain adalah kita tiada hak untuk judge orang lain. Teringat tazkirah isyak kat surau yang berbunyi lebih kurang camni "even Allah dosen't judge people until Judgement Day"
Huuuuuuu...sekali lagi tembakan untuk untuk diri sendiri.Moga menjadi renungan bersama :))


Hingga ketemu lagi,insyaAllah :))

Monday, 12 December 2011

OMBAK YANG MENYERANG RINDU


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah atas segala-galanya ya Allah. Tadi masa tengah scroll down news feed,ramai yang share link ni kt Fb. Lepas tengok trailer ni tiba-tiba timbul keinginan untuk menonton filem ini. Moga ada kesempatan untuk meneladani filem ini.

Sekarang di Malaysia dilanda pesta Ombak Rindu. Aku hanya melihat dari kejauhan. Pelbagai komen tentang filem ini. Aku bukanlah peminat tegar drama Melayu,bukan juga pembaca setia novel cinta. Tapi filem Ombak Rindu seakan mencetuskan fenomena yang lain macam.Tak kurang juga reaksi rakan-rakan seperjuanagn di sini yang ternanti-nanti filem ini keluar di internet.

‎"Adik-adik, tontonlah Kungfu Panda, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalamnya tiada 'Muslim' tetapi ada banyak Islam. Jangan layan Ombak Rindu, dalam filem itu ada Muslim(s), namun tiada Islamnya" -ustaz hasrizal-

Saya bersetuju dengan kata-kata ustaz Hasrizal.Wahai sahabat-sahabat sekalian,janganlah kita disibukkan dengan urusan-urusan remeh yang hanya melalaikan kita. Pandanglah ke depan sana,masih banyak yang perlu kita bangunkan untuk Islam. Ghazwul fikri (baca: serangan pemikiran) tak pernah berhenti untuk melemahkan kita.Moga kita saling menguatkan insyaAllah.

p/s: mungkin tulisan ini kurang berkaitan dengan trailer filem di atas..huhu

Hingga ketemu lagi,insyaAllah.

KASIH SEORANG ANAK

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih diberi oksigen untuk meneruskan helaan nafas. Hari isnin adalah hari yang santai untuk budak-budak rotation (baca : balik awal). Hari ni jugak dapat berita exam ditunda ke hari Rabu. Lepas tengok urinary catheter insertion terus angkat beg dan pulang ke BS.
Ketika kami bertiga tunggu auto untuk pulang, aku terserempak dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 7-8 tahun bersama ayahnya. Dari pengamatan aku,ayahnya mempunyai kecacatan kecil di bahagian kaki melalui cara dia berjalan. Dalam fikiran aku mungkin anaknya menemani ayahnya melakukan medical check up di hospital. Apa yang mengkagumkan aku adalah si anak amat setia menemani ayahnya. Dia membawa plastik ubat-ubatan ayahnya. Ketika bersaing menahan auto, ayahnya hanya menunggu di tepi. Di bawah panas terik,si anak berkejar-kejar menahan auto kosong yang lalu untuk membawa ayahnya pulang. Betapa aku terharu dengan pengorbanan si anak kecil itu untuk ayahnya.

Kami berpisah tatkala auto yang aku tahan bersetuju untuk membawa kami bertiga pulang ke apartment. Dalam hati aku berdoa semoga budak kecil itu dan ayahnya selamat pulang ke rumah mereka.

Gambar hiasan

Selalunya kita sering mendengar mengenai pengorbanan seorang ayah atau ibu untuk anak-anaknya. Jarang kita melihat pengorbanan seorang anak kecil untuk ayahnya. Insiden tadi menyebabkan aku terfikir, sebanyak mana aku telah cukup berbakti untuk ibu dan ayahk. Si anak yang masih kecil sudah tahu erti menghargai, mungkin ketika aku seusianya,hanya kegembiraan diri yang aku fikirkan.bermain dengan kawan-kawan, berjalan-jalan dan makan yang sedap-sedap. Astaghfirullah..:(

Hingga ketemu lagi..insyaAllah :)

p/s: Kanvas kehidupan ini kosong. Terpulang kepada kita untuk mencoraknya melalui pemerhatian dan pengajaran yang tersimpan. Melihat satu realiti dengan mata hati :)

Friday, 9 December 2011

Al-Hadid: Ayat 12

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah masih lagi diberi helaan nafas dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan sebagai seorang hamba Ilahi.
Apa khabar iman kita hari ini,moga tangga-tangga iman sentiasa mendaki naik,insyaAllah..
Petang tadi terjumpa satu video bacaan Al-Quran karim oleh Salman Al-Utaybi..mendayu-dayu bacaan beliau, titisan jernih yang bertakung mengungkap segala-galanya.Rugi andai hanya mendengar tanpa mentadabbur tafsirannya.Suka di sini saya kongsikan videonya.Moga kita sama-sama mendapat manfaat,insyaAllah.


Hingga ketemu lagi insyaAllah :)

MENULIS..ANYONE????


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Menulis, ia adalah suatu seni yang didalamnya ada makna
dan perasaan cinta.


Menulis, seni yang menguatkan
Oleh : BroHamzah

“ Bagaimana abang menulis?,” Satu soalan yang kerap menghinggapi cuping telinga saya.

“ Sejak bila saudara memulakan hobi menulis di blog?,” Ini juga antara soalan yang biasa berkunjung di hadapan saya, sama ada di alam realiti atau di alam maya.

“ Kenapa, anta tidak bukukan penulisan anta?,” Satu lagi soalan yang kerap kunjung kepada saya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kepada saya individu-individu seperti mereka. Sentiasa memotivasikan saya, menginspirasikan semangat saya, bahkan sentiasa melorongkan saya kepada jalan-jalan kebaikan. Sekadar berkongsi berkaitan penulisan, menulis, dunia blog, blogger dan keseronokannya.

Kenapa menulis?

Soalan yang mudah tetapi sangat-sangat menarik untuk direnungi. Saya terbaca satu artikel penulisan isteri saya. Beliau mengambil satu kata-kata oleh Razib Ahmad, seorang penulis juga. Katanya :

“ Kita menulis – kebiasaanya – kerana dua sebab utama : pertamanya, untuk memenuhi kepuasan diri dan keduanya, untuk memperolehi tambahan pendapatan (wang).”

Mungkin, ya atau mungkin tidak. Saya tidak menafikan hakikat hal di atas. Namun, saya benar-benar tersentuh apabila isteri saya menulis sebab kepada dia menulis. Katanya :

“ Saya menulis kerana satu sahaja, iaitu cinta.”

Cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada dakwah kebaikan serta kebenaran. Dan cinta kepada ummah – ingin mengajak mereka kepada Islam yang syumul, sempurna dan meneduhkan.

Terdiam seketika saya. Saat itu, saya merenungi balik diri saya. Kenapa saya menulis? Terdiam setika, selama ini kenapa aku menulis, untuk apa dan kenapa? Soalan itu bertubi-tubi menghujani akal fikiran saya. Ia memenuhi kolam hati saya, lantas saya berdayung mencari destinasi jawapan akan persoalan ini.

Menulis bagi saya ia bukannya hobi. Ya bukannya hobi mengisi masa lapang yang terluang atau tersisa. Bukan itu tujuan saya menulis. Bahkan telah saya letakan menulis itu sebahagian daripada kehidupan saya sendiri. Menulis bukan sekadar ingin memberitahu, menceritakan, mengisahkan atau bermain-main dengan susunan bahasa yang puitis atau indah. Saya benar-benar tertarik dengan ungkapan Ustaz Hasrizal Jamil – penulis laman web terkenal SaifulIslam.Com :

“Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.”

Menulis dengan suatu arah, fokus dan sasaran yang jelas dan bermatlamat. Dunia penulisan dan penghasilan karya-karya yang hebat-hebat, berkualiti lagi bermutu telah mempertemukan saya dengan beberapa orang tokoh penulis yang sangat saya segani dan kagumi.

Saya benar-benar ingin mencontohi Syed Abul Ala Al-Maududi - merupakan seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Beliau banyak menulis buku-buku asas kefahaman Islam yang mudah, simple dan mampu difahami oleh kebanyakan orang. Dan membuatkan saya kagum ialah, beliau tidak pernah mengambil bayaran royalti jualan bukunya. Semuanya diserahkan kepada organisasi yang dipimpinnya untuk tujuan amal.

Namun sering kali emak saya berkomentar :

“ Sesetengah penulisan Ali sukar difahami, masih terdapat banyak perkara yang perlu dibaiki.” Saya menerima dengan senang hati. Berazam mencontohi penulisan yang bahasanya sederhana dan tinggi nilai intipati dan kandungannya.

Disamping itu, seorang lagi tokoh sasterawan Islam yang sangat dekat dihati saya iaitu As-Syahid Sayyid Qutb. Penulis buku Mua’alim Fil Tariqdan Tafsir Fizilalil Quran ( Di Bawah Naungan Al-Quran). Bahasanya, sentuhan literalnya, ketinggian kesasteraannya dan susunan puitis tulisannya : benar-benar indah! Kuat, mengugah, terkesan, berimpak dan sungguh mendalam.

“ Bahasa beliau mungkin tinggi bagi sesetengah orang, tetapi ia lain daripada lain. Beliau menulis melalui hati dan ia akan terkesan kepada hati dan menyentuh nurai bagi jiwa yang benar-benar hajatkan sesuatu daripadanya.” Pesan seorang murabbi berkaitan penulisan As-Sayyid Syed Qutb.

Seorang lagi, yang menjadi tokoh penulis yang saya benar-benar segani iaitu Dr Aid Abdullah Al-Qarni. Seorang Ulama Arab Saudi yang warak, alim dan soleh. Beliau juga merupakan penulis motivasi Islam yang terkenal lewat penulisan karya best sellernya iaitu La Tahzan. ( Janganlah bersedih!). Saya tersentuh membaca syair indah yang dikarangnya berkaitan penulisan :

Betapa pun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagunganMu, wahai Rabbku.

Merekalah yang menjadi inspirasi buat saya dalam dunia penulisan ini. Saya berjinak-jinak dengan dunia blog sejak tahun 2005 lantaran ini berkongsi dengan sedikit pengalaman, pengetahuan dan ilmu yang ada. Namun melaluinya saya mendapat banyak perkara.

Menulis, ia adalah seni yang menguatkan

Suatu petang, semasa bermusafir dengan seorang sahabat saya – Abu Ridhuan kami bersembang-sembang tentang dunia penulisan.

“ Anta tahu, antara perkara yang ana dapat dengan menulis ini ialah ia akan memaksa ana untuk membaca. Untuk menulis kita perlu ada sesuatu, dan membaca adalah jalannya.” Kata beliau.

Ya. Saya sangat-sangat bersetuju dengan beliau. Melalui penulisan inilah, ia telah membuka lembaran minat, paksaan, perasaan dan keperluan untuk saya membaca. Secara tidak langsung dan tanpa sedar.

Dan, saya simpulkan buat kalian semua :

“ Menulis adalah merupakan suatu seni. Seni yang akan menguatkan kita. Malah, kesannya kepada kehidupan sangat-sangat besar dan mempengaruhi kehidupan kita.”

Baik, saya simpulkan kebaikan menulis daripada kaca mata saya :

(1) Menulis, ia adalah menjadi salah satu medan dalam beramal. Beramal soleh, sedarkah kita semua bahawa kebanyakan para rasul, nabi-nabi, pemimpin terdahulu,ulamak dan daie banyak menghasilkan penulisan dan karya. Rasulullah SAW mengutus surat kepada pembesar-pembesar menyeru untuk memeluk Islam. Ulama Islam – berkat kegigihan mereka berkarya, hari ini kita berkesempatan meneguh sebanyak mungkin ilmu hikmah yang sangat berharga daripada kecerdikan dan kebijaksanaan mereka.

(2) Menulis, ia memberikan suatu motivasi yang tinggi untuk kita merumuskan sesuatu ilmu yang kita perolehi. Untuk memahami suatu ilmu, kita perlu menulis, menganalisis dan merumuskannya. Ia adalah kaedah menuntut ilmu zaman berzaman. Tokoh cendiakawan silam, menjadikan menulis sebahagian daripada kehidupan mereka. Di mana-mana, membawa pen dan kertas. Ilham yang terlintas, dicatat di lembaran kertas dengan sebaiknya.

(3) Menulis, ia adalah wadah perkongsian ilmu yang sangat-sangat baik. Lihatlah, dengan penghasilan karya-karya hebat, kitab-kitab yang mashsyur dan lembaran-lembaran penulisan ulamak, cendiakawan, ilmuan, penyair, sasterawan, para alim serta tokoh akademik – kita akan mendapat seribu manfaat daripada nya.

(4) Menulis, melaluinya akan terhasillah buku-buku yang akan ditelaah, ditatap dan dibaca. Buku ia akan memberikan suatu pengalaman yang sangat mengasyikan. Ia adalah teman yang baik, khadam yang jujur, sahabat yang setia dan akan menemani kita saat suka, duka, gembira dan sedih. Buku, tulisan dan himpunan perkataan yang membawa maksud akan memberikan kekuatan.

(5) Menulis, ia adalah suatu seni yang boleh dipelajari, didalami dan ditekuni. “ Semua orang boleh menulis.” Kata seorang sahabat saya, Hilal Asyaf. Ya, saya bersetuju dengannya. Menulis, ia akan memberikan suatu kesan yang dalam kepada jiwa. Kita bebas, melakarkan pena di hujung tinta. Kita boleh mengerakan jari jemari di titian key board laptop dengan tenang tanpa apa jua sekatan dan halang. Jika anda sudah memasuki alam ini, rasailah keasyikannya.

(6) Menulis, ia menguatkan jiwa dan hati kita. Kenapa saya kata begitu? Menulis ia akan memberikan ketenangan, kedamaian dan menguatkan jiwa di saat hati dirundum kelaraan jiwa dan duka nestapa. Berapa ramai orang yang akan menyendiri lalu dicapai pena dan kertas atau buku lalui ia meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Bahkan, saat itu juga – ia akan menyendiri membaca kalam Ilahi, buku-buku penguat nurani dan segala tulisan yang akan mempertingkatkan kekuatan di jiwa. Pernahkah anda melalui saat-saat sebegini?

(7) Menulis, ia akan memberika satu tolakan, paksaan dan dorongan yang kuat untuk kita membaca. Perlu membaca, ia adalah prasyarat untuk menghasilkan suatu gagasan fikiran melalui penulisan. Membaca membuat kita terisi dengan ilmu, pengetahuan, hikmah dan suluhan cahaya yang benar. Membaca buku tulisan ulama’ muktabar, penulis-penulis yang ikhlas dalam berkarya dan lembaran karya yang berkualiti, bermutu dan punyai nilai keintelektualan yang tinggi.

(8) Menulis, secara berterusan dan konsisten ia memberikan latihan untuk berdisiplin kepada kita semua. Setiap hari, kita boleh menulis, melakarkan, mencatat dan menaip apa sahaja yang terlintas dihati, berbekas di hati dan bermain-main di minda. Antara medium yang saya jadikan medan menulis ialah buku catatan harian, buku rancangan harian, kertas perancangan, blog, FB dan emel. Alhamdulillah, ia sangat bermanfaat.

(9) Menulis, ia mampu membentuk gelombang arus yang besar kesannya. Tulisan-tulisan yang berpengaruh dan meninggalkan impak kepada dunia telah membuktikan bahawa himpunan tinta yang asalnya terdiri daripada huruf-huruf dan gabungan ayat-ayat - mampu membangkitkan suatu gelombang perubahan kepada sejarah peradaban manusia.

Menulis akan menghasilkan tulisan. Tulisan inilah yang dinamakan sebagai karya. Syed Abu Ala Al-Maududi dalam risalahnya iaituKesusateraan Islam menjelaskan bahawa karya-karya Islam terbentuk kepada dua kumpulan iaitu karya-karya berbentuk hujjah (argumentative literarute) dan karya-karya yang memberikan rangsangan (motivative literature). Kesemua karya-karya ini menjurus kepada satu matlamat iaitu menyakinkan para pembaca bahawa Islam ialah Ad-Deen ( satu-satunya cara hidup yang sebenarnya).

Bagi saya, inilah penjelasan yang sanga-sangat jelas, nyata dan konkrit.

Dimensi baru dunia penulisan alaf baru : Dunia blog


Itulah boleh saya coretkan berkaitan hal ini, Alhamdulillah – kini saya jadikan medan berblog sebagai medium saya untuk menulis, memahirkan penggunaan bahasa, menyusun masa, menganalisis bahan bacaan , mencurahkan pandangan serta idea, berkongsi pengalaman serta pengetahuan yang kerdil dan – yang terpenting saya temui hajat saya dalam menulis- iaitu segala-galanya adalah medan untuk berubudiyah kepada Allah SWT. Saya pernah menulis tentang tips untuk menjadi blog sebagai amal soleh : [ Tips : Perinciannya di sini ]



Hajat saya, ialah semakin ramai yang menulis, berblog dan menyebarkan warna-warna kebaikan di dalam maya ini. Sebab apa? Hati saya sakit apabila melihat begitu membiak dan bercambah blog-blog yang berbau maksiat dan dosa ( bayangkan setiap hari blog porno, lucah, politik kotor, mencaci dan merosak bertambah jumlahnya dengan mendadak). Kerana itu, saya sangat-sangat menyarankan anda yang membaca perkongsian ini untuk : - Terjun ke medan menulis.

“ Eh, saya tidak berbakat!”
“ Saya tidak reti la menulis!,”
“ Saya? – Malas la, sibuk saya ini,”

Berhenti! – Mari kita beralih ke tulisan ini. Perkongsian daripada sahabat saya, Hilal Asyraf. Kamu boleh menulis sebenarnya. Kemudian, anda berikan jawapan, alasan dan komentar anda. (‘’,).

Hasrat, impian dan cita-cita

Impian saya, mahu melihat lebih banyak blogger-blogger Islamik di alam maya ini. Sekarang ini tidak ramai, sekitar ribuan sahaja. Sedangkan, jumlah blog dalam alam maya adalah melebihi jutaan blog dalam pelbagai bahasa, bentuk, tema dan fokus. Kita mahu ia menjadi gelombang yang dahsyat yang merebak ke seluruh dunia alam maya. Ya, blogger muslim profesional, blogger islamik dan blogger yang punyai keunikan yang tersendiri.

Agar mampu menghasilkan lebih banyak SaifulIslam.Com danZaharuddin.Net , membiaknya aura IluvIslam.Com, laman sesawangLangitIlahi.Com, bertambahnya portal-portal Islamik seperti Murabbi.Net,Halaqah.Net, al-Fikrah.Net dan sebagainya di dunia online ini.

“ Bukan dah banyak ke?,”
“ Cukup la tu,”

Saudara saudari, jika kalian membuka minda dan menerokai dunia alam maya tanpa batasan ini – ketahuilah di sana terdapat banyak laman-laman sesawang, portal-portal dan blog-blog musuh Islam yang sedang meracuni pemikiran remaja muslim di di seluruh dunia. Pelbagai rupa dan bentuk.

Hiburan yang melampau
Membudayakan hedonism (hidup bermewah)
Gambar-gambar, video-video tidak bermoral
Permainan Games
Blog-blog picisan yang merosak
Lawak yang tidak berfaedah
Dan bermacam-macam lagi

Ia bukan satu atau dua, ratusan bahkan jumlah mencecah kepada puluhan ribu. Mereka bergerak, merancang, menjana, merencana, melaksana, berstrategi dan menyuntik idealogi-idealogi selain daripada Islam dengan niat yang jahat.

Justeru, kita punyai peranan. Peranan, tanggungjawab dan amanah yang besar. Berbangga sebagai muslim bukan sekadar kita hebahkan, gembar-gemburkan dan war-warkan kepada dunia – kita memakai pakaian muslim, beribu berbapakan muslim dan memiliki rumah bercorak islamik.

Kita mampu melakukan sesuatu :

“ Membentuk arus gelombang kesedaran dan kebangkitan Islam.”

Jadi, bagaimana dengan anda? Apa keputusan anda? Ingin menyertai gagasan blogger muslim, blogger islamik dan blogger acuan Islam yang sebenar.

Keputusan di tangan anda. Kita mampu menjadikan medan penulisan ini umpama pedang yang menghunus. Merobek jahiliyah yang rakus merosakan keperibadian muslim muslimah di seluruh dunia dengan sebuah kesedaran dan kefahaman yang jernih.

Anda mampu mengubahkannya!

Keyakinan saya :

“Semua orang mampu dan boleh menulis.”

-----------------------------------------------------------


Nota :

Harapan saya agar isteri saya juga akan turut aktif dalam lapangan penulisan ini. Beliau sangat berpotensi, berbakat dan mempunyai gagasan fikiran yang sangat-sangat baik. Moga Allah SWT permudahkan.

BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
23 Mei 2011