Friday, 21 September 2012

DAN BELUM KITA LUPAKAN #1



Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini aku ceriterakan kisah insan yang sama seperti kita semua namun pengalaman hidupnya mungkin berbeza.

Bagaimana harus aku bermula..sepanjang hayatku hingga kini, ada banyak pengalaman pahit manis yang masih kekal dalam ingatanku. Peristiwa pahit yang aku sendiri masih tercari-cari hikmah yang aku tak pasti.

Aku kisahkan ceritaku agar aku takkan lupa. Agar suatu hari nanti, tatkala aku ulangi membaca kisah ini.. akan dapat aku temui ibrahnya.

===================================
Di tahun empat di sebuah sekolah rendah di pekan kecil.

Kali pertama aku accident.
Seperti biasa, sejak tahun 2 aku sudah mula berbasikal sendirian ke sekolah. Pagi itu,aku menunggang basikal ke sekolah. Aku membontoti anak jiranku yang aku panggil Kak Shasha. Tiba di simpang empat masuk ke pintu belakang sekolah,aku berhentikan basikalku untuk melintas di simpang empat.

Tanpa aku sedari,tayar hadapan basikalku masuk di celah ruang antara tongkat dan tayar basikal kak shasha dan tersangkut. Aku tak dapat mengawal tayar hadapan basikal dan aku jatuh di atas jalan tar. Alhamdulillah kerana aku jatuh di sebelah kiri jalan dan tiada kereta atau motor yang lalu. Kak Shasha terkejut dan cepat-cepat dia menolong aku. Aku gagahkan diri ke sekolah walaupun lutut aku berdarah.

Tiba di kelas, baru aku tersedar bahawa kain sekolahku terkoyak di bahagian lutut. Seharian pada hari itu aku tidak keluar ke mana-mana kerana malu jika orang lain ternampak kainku yang terkoyak.
Alhamdulillah aku punya rakan baik yang menenangkan aku dan membantu aku membelikan makanan ketika rehat.Malu..memang malu..huuuuuuuu

p/s: ni first time aku accident. Second time accident awal tahun lepas. Yang paling dahsyat sepanjang aku hidup. Na'uzubillah. Syukur Allah masih panjangkan usia aku.

p/s lagi: semua watak dalam cerita ini adalah rekaan semata. Hingga ketemu lagi di lain kisah.insyaAllah


basikal aku waktu tu lebih kurang macam ni,warna biru tapi ada palang besi kat tengah..huhu

No comments:

Post a Comment