Aku..
diriku yang kau kenal kini
masih teguh berdiri
walau ujian datang tanpa henti
aku masih berdiri di sini
di titik yang paling teguh
dalam hati
merintih pada Sang Rabbi.
Aku..
bukan insan sempurna
bukan insan mulia
aku juga manusia
punya rasa,punya jiwa
ada kelebihan
namun masih jua tersingkap kekurangan.
Aku..
punya harapan dan impian
tergantung cita-cita setinggi awan
jatuh bangun menongkah cabaran
menjadi nakhoda dalam pelayaran
Aku..
tak pernah sendiri
Dia sentiasa di sisi
memberi tanpa minta dibalasi
sentiasa ada di sudut hati
menjadi ingatan setiap hari
bahawa aku akan mati
pergi takkan kembali
kepada Pencipta Rabbul Izzati.
diriku yang kau kenal kini
masih teguh berdiri
walau ujian datang tanpa henti
aku masih berdiri di sini
di titik yang paling teguh
dalam hati
merintih pada Sang Rabbi.
Aku..
bukan insan sempurna
bukan insan mulia
aku juga manusia
punya rasa,punya jiwa
ada kelebihan
namun masih jua tersingkap kekurangan.
Aku..
punya harapan dan impian
tergantung cita-cita setinggi awan
jatuh bangun menongkah cabaran
menjadi nakhoda dalam pelayaran
Aku..
tak pernah sendiri
Dia sentiasa di sisi
memberi tanpa minta dibalasi
sentiasa ada di sudut hati
menjadi ingatan setiap hari
bahawa aku akan mati
pergi takkan kembali
kepada Pencipta Rabbul Izzati.
No comments:
Post a Comment