Thursday, 27 September 2012

HAMBA YANG DIUJI..


Lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati. Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
credit to Ust.Pahrol Mohd Juoi. Artikel penuh beliau boleh dibaca di sini .



Tuesday, 25 September 2012

BUAT YANG TERUS BERJUANG..

hidup ini tak pernah dijanjikan mudah


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..terasa nak menukilkan pena kat sini. Tak ada apa yang menarik sangat pon cuma nak kongsi rasa rindu pada mereka yang dah dekat 2 bulan pulang bercuti.

Tadi ada terbaca latest update kat blog dia. Sebak.Terharu.

"sangat rindu suasana usrah..."

Alhamdulillah atas semua rahmat dan kasih sayangMu yang kau berikan buat mereka. Kau kekalkanlah ikatan iman dalam hati kami semua hingga ke penghujung nyawa.Amin.
Hanya mampu tembak doa dari jauh.
Aku hanya menjadi perantara.Semuanya daripada Allah.

"wuwuwu.xm susah.xnak xam dah"

Tak ada yang senang adikku sayang.Allah tak menjanjikan hidup ni mudah,tapi Dia berjanji yang Dia sentiasa ada untuk menolong kita.
Aku hanya mampu menasihati sekadar yang mampu.Diri ini juga banyak kekurangan. Moga Allah mudahkan urusanmu adikku.Amin.Hanya mampu tembak doa untuk kamu adikku.

"InsyaAllah, kak *** Nak x nak, kite kna buat jugak.. Plus, Allah dh pilih kite kt jln ni. Walaopon **** berdebar, **** akn cube wat yg **** mampu.. Jzk kak ****.

Alhamdulillah..tsumma alhamdulillah. Ya Allah kau kuatkanlah hati dia untuk menerjah liku-liku di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Tsabatkanlah hati kami semua ya Allah. Sekali lagi tembak doa untuk dia moga dia dan rakan yang lain terus ampuh dan utuh.Amin.


Konklusinya:

"muslim yang bahagia tidak selalu memiliki hal-hal yang terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap yang hadir dalam hidupnya."


"Allah doesn't require you to be the BEST
He just want you to do your BESTand He'll take care of the rest..insyaAllah"


InsyaAllah..moga segalanya Allah permudahkan.
Hingga ketemu lagi penghuni alam,insyaAllah :)

p/s: buat kamu yang membaca atau terbaca nukilan ini,mohon tembak doa buat kami semua.Moga ALlah redha :)

Sunday, 23 September 2012

Muhammad - When They Insult Our Prophet (PBUH)


BATTLE IS ON..

Adrenaline rush..
The battle is on..
Semoga Allah permudahkan urusan kalian-final year seniorita dan junior tercinta :)

"Ya Allah,bukakan kepada kami hikmatMu dan berikan kami rahmatMu,ya Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang."

Saturday, 22 September 2012

KISAH KEKASIH YANG AKU CINTAI..


Assalamualaikum wbt.

Lewat ini dunia Islam terutamanya dikejutkan dengan penerbitan filem yang jelas menghina Rasulullah S.A.W  Kekasih Allah yang terkenal dengan kemuliaan akhlak baginda. Banyak artikel yang mengutuk filem ini. Tak kurang juga demontrasi dan perhimpunan yang membantah filem ini.
Aku terkesan dengan usaha bro Hilal Asyraf dan team LangitIlahi dalam berhadapan dengan perkara ini.
Boleh baca karya beliau di sini
================================================================
Di sini,aku kisahkan kembali kepada kamu semua akan kisah kekasih kita ketika menulusuri penghinaan di Ta'if. Moga kita bijak meneladani keagungan akhlak baginda S.A.W

Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi,
Rasulullah telah keluar ke Ta'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.
Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki,
bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati
dalam perjalanan ke Ta'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu
tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi
tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru
bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya,
tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai
Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang
lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak
hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih
merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak
seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya
mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.
Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka
kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai
jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi
dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjangjalan keluar ke Ta'if, untuk
melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak
terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala
Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka
kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu
kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepiinyaan Utbah dan Syaibah dua
orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaanjaraknya tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di
situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan berpatah
balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya
ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi
hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah
dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang
menyahut seruan dakwahnya:

"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku
di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan
lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah
kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau ben kuasa
mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dari
Mu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,
dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari
terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat
kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada day a dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan."

Setelah diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap
Baginda, mereka memanggil budak suruhan mereka yang bernama 'Iddas yang beragama
Nasrani, kata mereka: "Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada
orang itu". Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya
dengan membaca "Bismillah" Baginda pun memakannya.
Tanya 'Iddas: Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah:
Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya
beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu
Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi,
dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan keduadua
kakinya.
Maka berkata kedua-dua anak Rabi'ah di antara satu sama lain: Nampaknya budak suruhan mu
itu sudah dirosakkan. Bila 'Iddas datang menemui kedua-dua tuannya, mereka pun berkata:
Rosaklah kau, apa itu? Jawab 'Iddas: Tidak ada di atas muka bumi suatu pun yang terlebih baik
dari or.'ing itu, beliau telah menceritakan daku hal-hal yang tidak diketahui kecuali oleh seorang
nabi, kata mereka lagi: Rosaklah kau 'Iddas, jangan sampai kau keluar dari agamamu itu,
sesungguhnya agamamu itu lebih baik dari agamanya.
Dengan itu Rasulullah pun berpatah balik ke Makkah iaitu setelah berjalan keluar dari kawasan
kebun anggur tadi, diselubungi perasaan dukacita dan patah hari, setibanya Baginda di
kampung Qarn al-Manazil, Allah mengutus Jibrail (a.s) bersama dengan para malaikat
penguasa gunung-ganang, untuk mendapat perintah dari Baginda untuk menghempap
penduduk Makkah dengan bukit al-Akhsyabain.
Imam al-Bukhari melalui sanadnya menceritakan dengan panjang lebar hadith dari Urwah Ibn
al-Zubair bahawa 'A'isyah (r.a) telah meriwayat hadith kepadanya di mana beliau telah berkata
kepada Rasulullah, Adakah pernah di suatu hari tuan hamba merasa lebih berat dari
peperangan Uhud? Jawab Rasulullah: Daku telah menerima penyiksaan dari kaum kau segalagalanya,
yang terlebih berat ku tanggungnya ialah peristiwa hari al-Aqabah di hari itu ku telah
memperkenalkan diriku kepada anak Abdul Yalii bin Abdul Kalal, namun mereka tetap tidak
menyahut seruanku itu, ku beredar dari situ, membawa diri penuh kehibaan dan duka nestapa,
tanpa menyedari kecuali setelah sampai ke Qarn al-Tha'alib yang dikenali sebagai Qarn al-
Manazil ku mendongak ke langit, tiba-tiba sahaja ku melihat mendung tebal memayungi daku,
ku renung lagi, ku dapati Jibril, beliau menyeru daku dengan katanya: Sesungguhnya Allah
telahpun mendengar kata-kata kaum kau itu dan segalajawapan dan penolakan mereka
terhadapmu itu, justeru itu maka Allah telah mengutus malaikat penguasa gunung-ganang
untuk kau perintahkannya bertindak terhadap kaum kau itu, malaikat penguasa gunung-ganang
tadi memanggil Baginda serta memberi salam pada aku dan berkata: Wahai Muhammad, itu dia
bukit-bukit, apa yang kau mahu, sekiranya kau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit al-
Akhsyabain itu, nescaya ku lakukan. Al-Akhsyabain ialah dua buah bukit di Makkah, iaitu bukit
Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an. Jawab Rasulullah: Tapi apa yang ku harapkan ialah agar Allah
mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang
Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.
Di dalam jawapan Baginda kepada Jibril dan Malaikat berkenaan, memperlihatkan keperibadian
Rasulullah yang luar biasa dan memperlihatkan kemuliaan akhlak Rasulullah yang tidak dapat
diduga keagungannya.

-Raheeq Makhtum-

Friday, 21 September 2012

DEMI CINTA..

Assalamualaikum wbt..
Salam hari sabtu. :)

Alhamdulillah Allah masih membangkitkan diri ini di pagi hari sabtu untuk meneruskan kehidupan sebagai ibadat kepada Allah.

"..dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
(Az-Dzariyat:56)

========================================================

tadi waktu breakfast,makan cucur udang dengan hot chocolate (bukan selalu dapat breakfast camni..hehe) sambil scroll down button FB. Terbaca satu status dari kenalan lama waktu sekolah menengah dulu. Statusnya yang lebih kurang memberi maksud 'kesedihan,menjalani hidup keseorangan yang memberikan pengalaman baru dan tidak perlu mengharap lagi kepada insan itu' (not exactly his status k).

Aku sedikit terkejut (tak banyak pon) sebab berdasarkan update di FB beliau, dah lama dia berpacaran dengan seorang gadis yang aku kenal la jugak. Tup tup boleh putus. Patut la sejak dua menjak ni status FB dia berunsurkan kesedihan dan menangisi nasib hubungan yang tak berkekalan.Ermmpp.. no comment.

=========================================================
Berdasarkan case situation (macam nak bagi soalan exam plak..eheh ) di atas,apa yang dapat anda simpulkan???
=========================================================
Alhamdulillah semalam dapat dengar forum 'Cinta Kampus' live kat radio Nasyidfm. Panelisnya terdiri daripada Imam Muda Asyraf, Ustz.Fatimah Syarha n Ust.Haslin Bahrim.
Daripada apa yang disampaikan oleh setiap panelis,aku dapat rasai bahang penangan cinta di kalangan mahasiwa/wi di Malaysia.

'aduuh..parah penangan cinta kampus di Malaysia'
'macam mana nak berhadapan dengan situation ni bila balik Malaysia nnt'

( >_<)

==========================================================

Lepas dengar forum tu semalam dan baca status kawan aku ni pagi tadi..macam-macam yang bermain di fikiran. Apa yang dikatakan oleh panelis banyak betulnya.
Cinta sebelum nikah..
Berpacaran dengan yang masih belum halal..
Gambar berdua-duaan yang jelas dilarang..
Muat turun di FB tanpa segan silu..

Astaghfirullah..mengucap panjang aku.
Aku tak pandai nak ulas benda-benda ni. Cukuplah andai kamu-kamu semua pergi ke youtube dan browse video-video tentang kesalahan cinta sebelum nikah. Aku yakin dan pasti ustaz ustazah,ikhwah akhawat banyak memberi respons dan nasihat tentang hal ni.

Yang dapat aku kongsikan daripada Ustz.Fatimah Syarha:
pengurusan cinta ada berbagai-bagai pilihan:

  • al-hawa
  • asyik
  • tatayum(perhambaan)
  • Islam


Al-hawa : menguruskan cinta mengikut nafsu. ketika bercinta,nafsu sering mendahului seperti banyak bercerita dengan pasangan tentang perkara-perkara seksual dan dalam kain. Pengurusan cinta seperti ini sering terdorong kepada berlakunya zina. Na'uzubillah.

Asyik: menguruskan cinta dalam keadaan diri dikawal oleh perasaan yang terlalu asyik atau khayal dengan cinta. biasanya pasangan yang bercinta suka mendengar lagu cintan-cintun, mesej ayat-ayat jiwang yang membuatkan diri seolah-olah berada di alam cinta yang indah.

Tatayum(hamba): pasangan yang menjadi hamba cinta. Cinta adalah segal-galanya. Tanpa cinta gelaplah dunia..eheh..seringkali insan yang menjadi hamba cinta akan melakukan perkara di luar batasan insan,seperti bunuh diri kerana putus cinta, gaduh dan pukul disebabkan perasaan cemburu.

Islam: insyaallah,insan yang menguruskan cintanya berlandaskan syarak akan sentiasa terpelihara oleh bisikan-bisikan jahat syaitan.Cinta yang disemai kerana Allah. Namun,kita perlu kuat untuk menepis godaan-godaan yang akan mencemarkan cinta manusia lillahitaala.

Jadi,buat kamu yang sedang bercinta,bagaimana kamu menguruskan cinta kamu.Adakah ia dibenarkan oleh Allah?
Dan buat kamu yang belum bercinta,berdoalah moga kita dikurniakan cinta sejati yang membwa kita mencintai Allah.:)

keasyikan bercinta + hamba cinta.. =_=

=========================================================
Rasanya setakat ni dulu coretan pena di pagi sabtu. Perlu teruskan dengan perkara yang lebih aula iaitu study.
Moga coretan ini ada manfaatnya untuk diri ini dan kamu yang membaca.
Hingga ketemu lagi,insyaAllah.

“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

”Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24)”

p/s: kamu yang membaca coretan ini,mohon doakan kejayaan untuk kami di sini yang akan memasuki fatrah imtihan bermula minggu depan. Robbuna yusahhil 'alaina :D

THANK YOU ALLAH..

senyum..^_^


IBRAH AL-KAHFI...


Hadiah Hari Jumaat: Pengajaran Sebuah Kisah Di Dalam Al-Kahfi

Satu hari, Dr Ala’ Hilat berkongsi akan satu kisah menarik.

   Kisah itu kisah biasa. Aku pun awal-awal mendengar maudu’nya, rasa kurang berminat. Kisah seorang lelaki soleh yang biasanya orang panggil dengan panggilan Khidir, dengan Nabi Allah Musa. Ya, mungkin ramai akan menarik muka terlebih dahulu. “Ala, dah tahu.” Sebab aku juga begitu.

                Tetapi Dr Ala’ Hilat berkata:

                “Al-Quran bukan buku sejarah. Al-Quran bukan buku fizik mahupun kimia. Al-Quran adalah Kitab Hidayah. Petunjuk buat yang memerhati dan membuka hati. Maka kisah Khidir dan Musa bukanlah kisah tarikhi(sejarah), tetapi adalah petunjuk, penenang hati daripada Allah SWT.”

                Ketika itu aku diam dan mula memandang wajah guru kesayanganku itu.

                Menanti apakah yang menarik yang akan disampaikan olehnya. Sebab Dr Ala’ memang terkenal dengan manusia yang mampu menggugah jiwa manusia yang lain.

Sepintas kisah Khidir, menandakan bukan itu perhatian utamanya

Dr Ala’ tidak panjang menceritakan kisah Khidir dan Musa. Dia sekadar mengeluarkan point penting. Katanya ada enam point penting, tetapi dikeluarkan tiga point terlebih dahulu. Dr Ala’ kata, tiga point yang hendak dikeluarkan ini adalah perjalanan Khidir dan Musa.

                1 – Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.

                “Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.

                2 – Khidir membunuh seorang anak kecil.

                “Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

                3 – Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

                “kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.

                Dan Dr Ala’ memberitahu betapa Musa AS, dalam setiap perlakuan itu, menimbulkan pertanyaan. Sedangkan, perjanjian yang dipersetujui mereka di awal perjalanan adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa.

                Kemudian Dr Ala’ menceritakan juga hikmah-hikmah mengapa Khidir melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.

                Laju sahaja Dr Ala’ menceritakan semua itu.

                Seakan-akan, bukan itu maudu’ utamanya.

                Dan sampai setakat ini, aku masih tidak nampak, apa yang menariknya?

Tiga point yang ditinggal.

Pada titik inilah, Dr Ala’ bertanya kepada kelas:

                “Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?”

                Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidir?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.”

                Seorang pelajar menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Musa telah mati.”

                Kelas diam. Aku diam juga. Sebab aku tidak pasti hendak menjawab apa.

                “Apakah benar Khidir itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Aku terkejut, begitu juga seluruh isi kelas. Dr Ala’ nak kata Khidir bukan bijaksana? Tak berilmu?

                Aku lihat senyuman Dr Ala’ ketika itu, dan aku yakin dia yakin kata-katanya benar.

                “Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidir ini?”

                Kami diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidir kepada pembaca Al-Quran.

                “Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.

                “Khidir sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidir bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidir tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidir hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”

                Ketika ini mata aku terbuka. Itu point pertama, dari tiga point yang belum disebut.

                “Maka, segala keputusan Khidir di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidir pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidir di akhir perjalanannya dengan Musa.”

                Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.

                “Apa yang Khidir lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidir hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidir ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.”

                Sekali lagi aku macam tersentak. Itu point kedua dari tiga. Dada berdegup kencang. Rasa teruja. Rasa macam Allah SWT telah membukakan satu lagi ilmu yang luas untuk diri ini.

                “Dan dengan kisah Khidir, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidir dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”

                "Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.

                Dan lengkaplah tiga point yang ditinggalkan di awal cerita tadi.

Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.

Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidir dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.

                “Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang diberikan Dr Ala’ kepada kami.

                Kisah Khidir adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.

                Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.

                “Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”

                Kami tersentak sekali lagi. Eh? Kita belajar daripada mana?

                “Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidir, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum. Kami akhirnya memahami.

                “Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”

Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.” 

Dr Ala’ kemudian berkata:

                “Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?”

                Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidir. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.

                “Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”

                Aku rasa puas.

                Indah sungguh Al-Quran. Indah sungguh ilmu Allah SWT. Cantik sungguh cara penceritaan di dalam Al-Quran. Dan besar sungguh pengajaran yang Allah mahu berikan.

                Hanya dari satu cerita, yang orang selalunya menyangka biasa-biasa.

                Semoga bermakna kepada kita semua.


Ps: Dr Ala' Hilat adalah pensyarah di Kuliah Syariah University of Yarmouk, Jordan. Merupakan seorang yang khusus(pakar) di dalam bidang Muqorantul Adyan(perbandingan agama). Juga antara sebilangan kecil orang-orang arab yang mengambil pengkhususan mendalami agama Yahudi sehingga ke akar umbinya. Dr Ala' Hilat juga pakar dalam bidang Ilmu An-Nafs. Umurnya baru awal 30-an. Hampir seluruh jenis mata pelajaran Aqidah(Aqidah, Muqoranatul Adyan, Firaq fi tarikhil islam), saya belajar dengan dia.

CREDIT TO: HILAL ASYRAF (dicopy dari fan page Hilal Asyraf Official )

p/s: tak sempat untuk sempurnakan Al-kahfi hari ni sebab masalah ingatan. Ku sangkakan hari ini hari khamis,masih sempat baca samapai esok,rupa-rupanya hari ni dah hari jumaat..*sigh* =_=

THE BEST FROM HIM..





Don't compare your love story to those you watch in movies. They're written by scriptwriters, yours is written by God.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

YANG ALLAH TETAPKAN UNTUK KITA ADALAH YANG PALING PALING TERBAIK..:))
p/s: demam drama Adam & Hawa sedang melanda di daerah ini hingga diri ini pon terkena tempiasnya..*dusshh* =_=

MULIA..

gambar hiasan


Mulia di mata manusia,
Mulia juga di mata Pencipta.
-
-
-
-
-
-
-
-
-

p/s: dengar Ustz Fatimah Syarha sebut ayat ni masa tengah khusyuk dengar forum 'Cinta Kampus' td :)

p/s:Salah di mata kalau tak nampak,Salah tafsiran kalau tak dinilai...
sape pernah dengar or baca ayat ni sila angkat tangan..ehh ^_^

DAN BELUM KITA LUPAKAN #1



Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini aku ceriterakan kisah insan yang sama seperti kita semua namun pengalaman hidupnya mungkin berbeza.

Bagaimana harus aku bermula..sepanjang hayatku hingga kini, ada banyak pengalaman pahit manis yang masih kekal dalam ingatanku. Peristiwa pahit yang aku sendiri masih tercari-cari hikmah yang aku tak pasti.

Aku kisahkan ceritaku agar aku takkan lupa. Agar suatu hari nanti, tatkala aku ulangi membaca kisah ini.. akan dapat aku temui ibrahnya.

===================================
Di tahun empat di sebuah sekolah rendah di pekan kecil.

Kali pertama aku accident.
Seperti biasa, sejak tahun 2 aku sudah mula berbasikal sendirian ke sekolah. Pagi itu,aku menunggang basikal ke sekolah. Aku membontoti anak jiranku yang aku panggil Kak Shasha. Tiba di simpang empat masuk ke pintu belakang sekolah,aku berhentikan basikalku untuk melintas di simpang empat.

Tanpa aku sedari,tayar hadapan basikalku masuk di celah ruang antara tongkat dan tayar basikal kak shasha dan tersangkut. Aku tak dapat mengawal tayar hadapan basikal dan aku jatuh di atas jalan tar. Alhamdulillah kerana aku jatuh di sebelah kiri jalan dan tiada kereta atau motor yang lalu. Kak Shasha terkejut dan cepat-cepat dia menolong aku. Aku gagahkan diri ke sekolah walaupun lutut aku berdarah.

Tiba di kelas, baru aku tersedar bahawa kain sekolahku terkoyak di bahagian lutut. Seharian pada hari itu aku tidak keluar ke mana-mana kerana malu jika orang lain ternampak kainku yang terkoyak.
Alhamdulillah aku punya rakan baik yang menenangkan aku dan membantu aku membelikan makanan ketika rehat.Malu..memang malu..huuuuuuuu

p/s: ni first time aku accident. Second time accident awal tahun lepas. Yang paling dahsyat sepanjang aku hidup. Na'uzubillah. Syukur Allah masih panjangkan usia aku.

p/s lagi: semua watak dalam cerita ini adalah rekaan semata. Hingga ketemu lagi di lain kisah.insyaAllah


basikal aku waktu tu lebih kurang macam ni,warna biru tapi ada palang besi kat tengah..huhu

Monday, 17 September 2012

JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA..


sakit saat diuji..
sakit yang tak terkira..hanya DIA yang tahu..
lebih perit andai diuji dengan apa yang kita sering perkatakan..
mudah mulut menuturkan..
mudah tangan menulis nasihat..
kata-kata dan tulisan hanya sekadar teori..
realiti dan praktikalnya amat perit..
diuji serta-merta..'cash'..
aku tahu,DIA mahu menegurku..
DIA memanggilku pulang kepadaNya..
ya Allah..ya Tuhan..berilah aku kekuatan..
kekuatanku hanya dariMu..
aku mohon dengan sungguh-sungguh..
ampunilah aku ya Rabbi..
hanya padaMu aku berserah dan bertawakal.

Sunday, 16 September 2012

THEY ARE SO SWEEEEEETTTTTT ..


Yess..I do miss them so much T_T
Moga membesar menjadi anak-anak yang solehah <3


Friday, 14 September 2012

TENGOK MUKA,SEJUK RASA HATI ^_^


"akak nk tahu satu bnda x. stiap kali sy bkk fb,status akk plg atas kt news feed."
-
-
-
-
errkk..*dush*
alangkah gembiranya andai kita dapat mengingatkan seseorang kepada Islam.

"tengok pakaian akak je,sejuk hati..teringat akhlak islamiyah."

"tengok muka akak je,teringat saya tak solat lagi."

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. “nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.”.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (Thaha:29-35)

REALITI vs FANTASI..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..dapat berkumpul dengan akhawat untuk sama-sama membasahkan hati. Sama-sama duduk sebentar untuk beriman sejenak. Walaupun masa yang singkat kerna dipisahkan jarak dan waktu, namun takdir Allah mengatasi segalanya.

===========================================================
Pernah dengar kisah burung dengan patung?
-
-
-
-
-
-
-
-
Kalau kita lihat di sesetengah tempat,even kat sini pon banyak patung-patung yang diukir dengan tujuan mengabdikan atau untuk mengingati jasa pejuang atau tokoh yang telah banyak menabur jasa dan bakti.
Patung yang tegak berdiri dengan megahnya di bawah sinaran mentari.
Tiba-tiba datang seekor burung bertenggek di atas kepala patung tersebut dan melepaskan hajatnya di atas kepala patung tersebut.
Walaupun kita lihat patung itu megah berdiri,namun ia gagal untuk berbuat apa-apa tatkala burung itu bertenggek dan mengotori kepalanya kerana patung itu berada dalam alam fantasi bukan alam realiti seperti burung itu.
-
-
-
-
-
-
Begitulah kita hidup di dunia ini. Adakah kita hidup dalam alam realiti atau fantasi?
Jika kita selak balik helaian-helaian ayat-ayat Allah. Banyak diceritakan kisah umat-umat terdahulu yang ingkar menolak Islam dan terus-terusan menentang Islam seperti kaum Bani Israel. Realiti sekarang adalah sama. Lihat sahaja golongan-golongan kafir yang sentiasa menentang Islam. Mereka bukan sahaja menentang Islam malah bertindak kejam kepada orang Islam seperti yang berlaku di Palestin, Syria, Rohingya dan banyak lagi negara Islam yang ditindas.
Ya itulah realiti mereka sebagaimana yang digambarkan dalam Al-Quran.

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: ""Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?"" Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasik."
"Dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: ""Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)"" Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: ""Ini adalah sihir yang nyata." (61:5-6)

Okay, mari kita lihat realiti umat Islam kini. Adakah sama realitinya seperti yang digambarkan oleh Al-Quran??
Adakah kita termasuk dalam golongan mukminin yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya? Adakah kita tergolong dalam golongan yang melakukan ketaatan kepada Allah?
Adakah kita yang diseru namanya untuk menjalani hidup dalam erti kata Muslim sebenar?
Ataukah kita sekarang hanya berada dalam alam fantasi? bukan realiti sebagaimana yang Allah ceritakan dalam Al-Quran?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal," (Al-Anfaal:2)

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?" (As-saff:2)

"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ""Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!"" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: ""Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?" (An-Nisaa:77)

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ""Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: ""Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."(An-Nuur:30-31)

Naah..banyak lagi yang Al-Quran ceritakan tentang sifat seorang muslim itu dan garis panduan hidup sebagai seorang Muslim. Tapi realitinya..hanya kita yang tahu samaada kita di alam realiti atau masih berfantasi.
Jika kita masih berfantasi,ayuh bangun. Kejutkan rakan-rakan yang masih di alam fantasi. Bangun untuk me'realiti'kan kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang sebenar.
Wallahua'lam. Hingga ketemu lagi insyaAllah.


berdiri megah sang jaguh

walaupun kecil,namun hidupnya di alam realiti


p/s: muhasabah diri di hari Jumaat malam sabtu.









DEKAT TAPI JAUH..





"Bukti keadilan Allah, kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri."- Ust.Pahrol Mohd Juoi





Thursday, 13 September 2012

KEMBALI..


Kembali

Album : 
Munsyid : Tashiru
http://liriknasyid.com

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan

menjalani hidup ini tanpa ada cubaan

sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi

tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian





KEHIDUPAN ABADI..




"If you do not prepare now for afterlife, then when will you do so? " -Al-Ghazali



SELAWAT..


Sekarang tengah demam dengan selawat ni. Tak jemu telinga dengar. MashaAllah sangat best bila lidah sentiasa ingat pada Kekasih Allah.

Moga kita semua tergolong dalam kalangan umat Muhammad yang menerima syafaat Baginda. Amiin

p/s: adik-adik yang dalam video ni comel-comel dan bersemangat berselawat ramai-ramai. MashaAllah. Mujahid Islam.^_^

BILA LARUT MALAM..


gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..jari-jemari masih mampu berlari atas keyboard HP yang semakin tua ini. Walaupun tua,dah dekat 4 tahun HP ni berjasa kat aku. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan *dush*.

Baca tajuk kat atas tu macam ala-ala lagu Aleycats plak kan...hehe..^_^
Sebenarnya,tak de kaitan pon entry ni dengan tajuk. Tetiba rasa nak letak tajuk tu..eheh

===========================================================

Malam adalah pasangan sejoli kepada siang. Macam pasangan yang laen jugak..ada Bulan ada Bintang. Ada langit ada bumi.Ada ubi ada batas ada hari boleh balas..ehh :P
Bila malam semakin pekat, manusia semakin penat. Hati semakin terikat untuk berehat. Melepaskan semua lelah di pejabat. Suasana malam yang pelbagai.

Di sini,bila jam menunjukkan angka 10,dah senyap sunyi jalan. Kedai semua dah tutup.Yang bukak pon bar-bar yang menjadi langganan kaki botol.Fenomena biasa bila kita berada di negara yang rata-ratanya bukan beragama Islam.

Di sana,  malamnya masih bercahaya. Suasana malam dan siang tiada jauh bezanya. Muda-mudi masih bertenaga. Bersama rakan taulan bergembira seadanya. Seakan esok sudah tiada.

Di bumi sana. Malam mereka diliputi ketakutan. Suara dentuman yang jelas kedengaran. Masing-masing tidur berpelukan. Bimbang andai ada saudara dijemput Tuhan.

Malam yang mempunyai sejuta rahsia Tuhan. Disebut dalam al-Quran.

" dan Kami jadikan malam sebagai pakaian," (78:10)


" bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)"(73:2)

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaksa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (17:1)

Banyak lagi kisah dan peringatan yang Allah turunkan yang berkaitan dengan malam.
Terpulang kepada kita untuk menjadikan malam-malam yang kita lalui dengan sesuatu yang sama sepanjang hidup, yang lebih baik dari malam-malam sebelum ini atau malam yang lebih buruk. Semua terletak pada diri kita sendiri.

p/s:peringatan untuk diri sendiri =_=

Okayh..Selamat Malam penduduk bumi. Hingga ketemu lagi,insyaAllah :)





Wednesday, 12 September 2012

SAKIT..



"sakit fizikal : demam,tekak perit..nak makan pon tak lalu
-sakit fizikal menderita di dunia sahaja."

"tapi bila sakit rohani,'sakit' hati: menderita di dunia dan akhirat."

"bila hati 'sakit'..yang tu lagi bahaya"

---------->jom buat screening test untuk hati kita,buang semua karat-karat jahiliyah dalam diri ^_^

NEGERI YANG ADA 5 MENARA..


Assalamualaikum wbt..
Sape yang dah baca buku ni? Sila buat bedah buku sket..eheh ^_^
Memandangkan cuti raya hanya seminggu,niat di hati untuk menjelajah kedai buku Hasani terpaksa dipendamkan buat jangka masa yang lama.

Bila balik sini, baru teringat macam-macam benda terlupa nak beli..T_T
Ouwh..buku Negeri 5 Menara..
Ouwh..buku Di Hamparan Shamrock ust.Hasrizal..
Ouwh..buku Beduk Diketuk,ust.Pahrol..
Ouwh..buku Sebelum Aku Bernikah, Hilal Asyraf...ehh +_+

Sebenarnya banyak benda dalam wishlist..tapi......ok fine..simpan dulu dalam hati =_=
Sekarang ni baru baca page pertama buku N5M.Terpaksa simpan dulu sebab buku-buku Medic  dah memangil-manggil untuk dihighlightkan..ooooouwhhhh
Okayh,buku tarbiyah jangan lupa :)

Exam lagi 2 minggu.. mode study is activated,doakan eh :)

Hingga ketemu lagi penduduk bumi..insyaAllah ^______^

BESTEST FRIEND ^_^


REMINDER..

"Telah semakin dekat kepada manusia hari perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai dengan dunia dan berpaling dari akhirat." (21:1)

THE PROMISE..



Berjanjilah,
walau apa yang berlaku,
kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang di dada.

Berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..

Berjanjilah,
bahawa walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.

Berjanjilah,
bahawa walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.

Berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.

credits : blogwalking to http://ayuamiza.blogspot.com/