Sunday, 17 March 2013

SEGALA-GALANYA BERMULA DI SINI


-NIAT-


KASIH MANUSIA MELALUI REDHA ALLAH

"Jangan lupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah, kita gagal merebut kasih manusia. Apabila melihat kebaikan sahabat, rasailah itu hakikat kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahannya, percayalah itulah cara Allah menguji kita. Dengan itu mudahlah kita menghapuskan sengketa."


mengintai redha,memburu syurga


PEMUDA DAKWAH




Aku ingin menjadi sepertinya..

"Kematianmu telah menghidupkan ribuan, malah mungkin jutaan kehidupan.
Tidurmu telah membangkitkan banyak jiwa-jiwa yang lena di luar sana.
Dan rehatmu telah menggerakkan ramai sosok-sosok yang bermalas-malas sebelum ini! "


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/03/iman-si-mujahid-setia.html

Friday, 8 March 2013

APAKAH INI KEBERKATAN??



Assalamualaikum sahabat fillah.

Kekeringan idea untuk menulis di IO ni. Kekadang idea datang mencurah-curah, mahu tulis itu, nak tulis ini tapi tak punya kesempatan kerna komitmen lain yang lebih penting.

Ingin aku kongsikan satu hikmah yang aku baca tika aku screening buku Zero to Hero.

"Aku akan duduk di sebuah tempat yang tidak kuberikan sedikit pun tempat untuk syaitan."-Umar bin Abdul Aziz

Sama-sama kita muhasabah.

==============================================================

Hari ini ingin aku kongsikan kisah yang biasa-biasa bagi kamu tapi mungkin ada hikmah bagi aku yang serba kekurangan ini.

Alkisahnya seminggu yang lalu aku dan sahabat seperjuangan bertungkus lumus siang dan malam mengatur gerak kerja untuk satu program bersama akhawat fillah.
Perancangan yang dibuat 3 minggu amat-amat membuatkan kami tidak senang duduk. Kami berusaha bersungguh-sungguh dan meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah moga segala-galanya berjalan lancar. Program yang bermula pagi sabtu hingga ahad petang dan aku merupakan salah seorang fasilitator diberi amanah untuk mengendalikan satu slot pada sabtu tengah hari.

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Hari jumaat petang sebelum berakhirnya sesi klinikal di hospital, doktor meminta aku dan rakanku untuk present seminar yang sepatutnya diadakan pada hari jumaat. Disebabkan kekangan masa, seminar tidak sempat dihabiskan dan terpaksa dibawa ke hari sabtu.

Aku seperti cacing kepanasan memikirkan amanah untuk aku bawa pada hari sabtu. Syura dibuat, dan slot aku dianjak ke petang hari. Aku terus-terusan berdoa moga segalanya dipermudahkan.
Disebabkan aku akan ke hospital untuk presentation, aku terpaksa bergerak bersendirian ke tempat program.Perjalanan yang bakal ditempuh mengambil masa 2 jam. Perjalanan berseorangan ditambah dengan pelbagai berita mengenai jenayah yang berlaku kebelakangan ini agak merisaukan.

Takdir Allah mengatasi segalanya, kerisauanku terpadam tatkala salah seorang akhawat juga terpaksa bergerak lewat dari yang lain kerna ada kelas di saat akhir. Kami akan bergerak bersama ke tempat program.Lega sedikit rasa di hati..

Pagi sabtu, aku hanya dapat mengiringi akhawat yang bergerak ke tempat program. Menghantar mereka bersama doa yang mengiringi.Aku akan menyusul kemudian usai presentation seminar.

Aku terus membuat persediaan untuk seminar dan slot yang akan aku kendalikan. Mengikut percaturanku, seminar mengambil masa lebih kurang 2 jam dan akan tamat dalam jam 2 petang dan slot akan bermula jam 4.30 petang. Sekali lagi aku diuji. Seminar bermula agak lewat, jam 1 petang. Teksi akan datang mengambil kami berdua jam 2 petang. Jam 2.15, tamat seminar kami..alhamdulillah, doktor yang mengendalikan seminar sangat baik hati pada hari itu walaupun beliau sangat dikenali dengan kegarangan dan ketegasan serta digeruni semua pelajar.

Terus aku tergesa-gesa pulang ke rumah. Barang untuk dibawa belum habis dikemas. Kami bertolak agak lewat.Alhamdulillah kami tiba sebelum slot aku bermula. Badan yang letih berkejaran. Perut yang kelaparan minta diisi dan otak yang sudah agak tepu dan penat. Aku mohon doa dari Allah agar dimudahkan urusanku untuk menggalas amanah mengendalikan slot.

Sebelum slot dimulakan, aku mendapat isyarat bahawa kami kesuntukan masa dan slot aku terpaksa dipendekkan dari 2 jam kepada 1 jam. Aduhh, mana mungkin aku bisa.Risau kalau-kalau objektif tak tercapai dek kekangan masa. Aku hanya mampu menerima dengan hati yang berdebar-debar. Moga aku mampu melakukannya.

Semasa mengendalikan slot, aku sedar yang aku tidak memberikan sepenuh kesungguhan dek badan yang penat dan hambatan masa. Namun aku cuba memberikan yang terbaik. Mungkin ada peserta yang sedar kepenatan diriku ini kerana kata-kataku yang kurang semangatnya dari biasa dan ketidaklancaran lidah saat berbicara.

Alhamdulillah, aku berjaya menyelesaikan amanah yang diberi. Walaupun kepenatan, namun aku tak putus berdoa moga peserta program dapat belajar 'something' dari apa yang aku bentangkan. Hanya itu harapan aku pada mereka.

Malamnya, aku diberi tugas untuk mengendalikan salah satu stesyen untuk 'night walk'. Alhamdulillah aku berikan komitmen yang aku mampu sedaya mungkin.Balik ke bilik, terus aku 'pengsan' kerna keletihan berkejaran menunaikan tanggungjwab dari pagi hingga ke malam.


Itulah lumrah seorang aktivis dakwah.Membenarkan apa yang dikatakan oleh imam HAB:

"kewajiban itu melebihi masa yang ada."

Sekarang aku betul-betul merasainya.Tapi apa yang menghairankan adalah, aku tidak merungut dan tidak berasa terganggu ataupun rasa terbeban dengan apa yang aku lalui. Aku sering mendengar kisah tentang daieyah dukturah dan pejuang-pejuang IM yang sangat sibuk bekerja untuk Allah namun mereka tidak pernah mengeluh. Perkara inilah yang banyak diceritakan oleh Imam HAB mengenai anggota-anggota ikhwan dalam risalahnya.

“Tidak ramai yang tahu bahawa ada antara pendakwah Ikhwan yang tamat bekerja pada waktu Asar hari Khamis, pada waktu Isyak dia telahpun berada di Elminya berceramah kepada masyarakat setempat, pada waktu sembahyang Jumaat pula dia menyampaikan khutbah di Manfalut, pada waktu Asar dia berceramah di Asyout, selepas Isyak dia memberi ceramah di Sohaj kemudian seperti biasa pada awal pagi Sabtu dia telah berada di tempat kerjanya di Kaherah sebelum rakan-rakan sekerja yang lain tiba."- Risalah Muktamar Kelima

Aku ingin jadi seperti mereka.
Yang menghabiskan setiap masa yang berlalu dengan aktiviti yang membawa insan mengenal Allah. Yang bekerja untuk menaikkan Islam.
Moga perkara kecil ini menjadi jawapan amalku di akhirat kelak,insyaAllah.
APAKAH INI KEBERKATAN???

Wassalam.


Wednesday, 6 March 2013

BERLAPANG DADA

Assalamualaikum sahabat fillah..

Alhamdulillah, baru sahaja duduk bersama teman-teman seperjuangan untuk sama-sama bermuhasabah, mencari kelemahan dan kelebihan diri.
Titik terpenting dalam muhasabah ini adalah keikhlasan dan berlapang-dada.
Maafkan kesalahan insan.PEACE yo!!











BUAT KAMU YANG AKU CINTAI KERANA-NYA



Assalamualaikum sahabat fillah..

Moga kita semua berada dalam nikmat iman dan Islam.
Lately hati ini sering gelisah. Perasaan yang bercampur-baur. Mungkin juga ini hanya bisikan-biskan syaitan.
Seikhlasnya, aku sayangkan mereka. Aku ingin bersama-sama mereka berkumpul di kampung akhirat. Bertemu di telaga kautsarMu.
Mungkin khilaf diri ini. Kekurangan yang perlu dibaiki.
Hidayah itu milik Allah. Hanya mampu berusaha sehabis baik dan mendoakan mereka.


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. (al-Fatihah, Ayat 6-7)


"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al-Qasas :56)

-Wassalam-


p/s: maafkan aku andai kamu tidak memahami isi entry ini, hanya memohon secebis doa kalian buat diri ini yang memerlukan kekuatan Ilahi.Jzkk








Tuesday, 5 March 2013

UNTUKMU PEJUANG AGAMA



Majulah sahabat janganlah dirimu gentar
Gelorakan semangatmu bak ombak berpusar
Tenanglah duka perjuangan hanya sebentar
Dan hari esokmu kan hari terang bersinar
Tapakilah dakwah meskipun badai menggelegar
Berdiri teguhlah dan tetap bersabar


Menanti janji Allah dengan rindu berpendar
Tak pernah jenuh cinta tak pernah pudar
Janganlah kau menyerah walau susah terkapar
Berjiwa bersih dengan baik buruknya qadar
Berprasangkalah baik dengan jiwa yg besar
Moga Allah kumpulkan kita di telaga kauthar
Tak usah bersedih bila kau terperit sukar
Ingatlah kampung akhirat tuk orang bersabar
Berhias cinta berbunga takwa selalu mekar
Di dalam hati bagai purnama yang bersinar
Junjunglah tinggi panji islam selalu berkobar
Penjuru pertiwi dan sunnah tersiar
Hadang musuhmu jangan takut lari berpencar
Lazimkan jamaah meski kau menggigit akar

AIR MATA

Bismillahirrahmanirrahiim..

Apa khabar iman kita sekalian..moga sentiasa berada dalam keadaan  yaziid(bertambah) insyaAllah.
Seperti biasa, penulis pena ini muncul kembali setelah sekian lama menyepi. Alhamdulillah masih diberi nikman iman dan Islam dalam diri.



Sepanjang beberapa minggu ini, hati ini cepat benar tersentuh. Benteng air mata beberapa kali pecah mengalirkan manik-manik jernih.
Tidak tahu apa puncanya, namun seperti ada sesuatu yang perlu dicari. Hikmah di sebalik tabir.
Mencari kekuatan mungkin.
Mohon doakan yang terbaik.

Ya Allah,
Diri ini lemah di hadapanmu
Kau pinjamkanlah kekuatanMu padaku
Agar aku dapat gah berdiri
Melalui langkahan yang berduri

Ya Allah,
Hambamu ini sudah beberapa kali tersungkur
Dengan rahmatMu dan kasihMu
Aku tak akan berundur
Kerna aku tahu
KeampunanMu tak pernah luntur

Ya Allah,
Di setiap titisan air mata
Kau berikanlah kekuatan
Di setiap kegelisahan
Kau berilah ketenangan
Agar aku terus melangkah
Menuju redhaMu.