"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi." -Imam Hasan Al Basri
dari bulan 8 sy cari lagu ni.. masih tak jumpa.. hanya dengar di ikim.fm saje.. sesiapa yang dengar lagu ni buat kali pertama pasti akan terasa begitu rindu dengan Rasulullah..;)
sama dgn saya. first time dengar dekat ikim fm, trus jatuh cinta. mmg nasyid ni menyentuh hati. nak cari dekat you tube, tajuk nasyid tak tau. last, jmpak dekat sini. alhamdulillah.... : ==========================================================================
Ini adalah antara comment yang sempat aku baca di You tube.
Pertama kali aku mendengar lagu ni di nasyid.fm. Aku juga akui,ada nilai yang tinggi pada lagu ini. Mendengarnya buat kali pertama,sudah cukup untuk diri ini menitiskan air mata dek rindu kepada Rasulullah. Aku berusaha mencari full version lagu ni tapi masih belum berjumpa. Tak jemu telinga mendengar setiap bait dan melodi yang dialunkan. :)
==========================================================================