Thursday, 20 December 2012

SIRAH TERAGUNG..


Alhamdulillah..I found this video on youtube. Ulang dengar banyak kali stil tak jemu. Rindu kepada Kekasih Agung ya Habiballah. :')

p/s: nak sangat beli buku Sirah Teragung. Yes..agak mahal tapi jika nak dibandingkan dengan nilaian sirah dan apa yang ditinggalkan baginda untuk kita memang patut kita miliki.
Masukkan dalam wishlist kita :)


SAY ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum wbt..

Okay people out there..let's say ALHAMDULILLAH..

.......................ALHAMDULILLAH...........................

Okay..good :)
Hmm..ape la yang saya merepek kat tengah-tengah malam ni. Saya sudah melepasi waktu tidur yang sepatutnya tetapi mata ni berdegil. Mungkin mata ini rebel sebab tak tidur mengikut waktu. So tunjuk protes. Sabarlah wahai mataku,akan aku usahakan untuk betulkan semula jam tidurku..huhu

===============================================================

Alhamdulillah..ketenangan dan kasih sayang itu milik Allah. Bersyukur dan beruntunglah kepada jiwa-jiwa yang memperolehinya.
Kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Tak terhitung semuanya. Oleh kerana itulah Allah turunkan peringatan buat kita. Memang manusia ini sifatnya pelupa. Allah turunkan surah Ar-Rahman untuk kita sentiasa ingat setiap nikmat yang Allah berikan.

KISAH TIGA HARI YANG LALU

kehidupan seharian berjalan seperti biasa hinggalah pada hujung minggu yang lalu,masalah datang bertalu-talu. Exam yang semakin hampir,bergelut untuk mencari ruang untuk study di samping tidak meninggalkan medan amal, laptop yang rosak dan macam-macam lagi.

Tiga hari yang lalu, sesuatu berlaku di celah-celah kehidupan seharian yang biasa-biasa ini. Kepala masih berserabut memikirkan penyelesaian untuk satu-persatu.
Tiga hari yang lalu. Segala-galanya berlaku dalam jangka waktu sehari.

Exam berjalan dengan lancar..ALHAMDULILLAH
Balik rumah,check email dari abang tentang penyelesaian mengenai laptop. Ikut beberapa step yang diajar dan switch on laptop. Laptop berfungsi dengan baik seperti sedia kala..ALHAMDULILLAH
Godek-godek youtube dan terjumpa lagu Kasih Padamu (dalam entry lepas) dan ulang berkali-kali sebab tak puas dengar teaser lagu tu yang hanya beberapa minit.
Berazam untuk tanya 'pakcik Google'. Cari sampai jumpa. Akhirnya bukan saja jumpa lagu tu tapi Allah izinkan untuk download satu album penuh Sirah Teragung..memang sangat-sangat teruja. Sekarang asyik ulang dengar semua lagu dalam album tu. Tak jemu. ALHAMDULILLAH

See..banyak sangat nikmat yang tak disangka-sangka yang Allah turunkan untuk kita. Itu adalah nikmat yang tak disangka-sangka. Nikmat yang sejak azali lagi yang kita dapat selalu kita abaikan. Contoh nyawa kita. Pernahkan kita hitung bilangan oksigen yang Allah bekalkan untuk pernafasan kita untuk terus hidup?

'Manusia sering lupa untuk menghargai apa yang dia miliki. Bila kehilangan barulah kita akan meratapi'


There are so many reasons for us to smile. Say Alhamdulillah and keep on smiling :)
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran, ayat 139)


ALHAMDULILLAH WASYUKURILLAH..


mampukah kamu menghitung nikmat yang Allah berikan???



Tuesday, 18 December 2012

KASIH PADAMU (RASULULLAH)



dari bulan 8 sy cari lagu ni.. masih tak jumpa.. hanya dengar di ikim.fm saje.. sesiapa yang dengar lagu ni buat kali pertama pasti akan terasa begitu rindu dengan Rasulullah..;)

sama dgn saya. first time dengar dekat ikim fm, trus jatuh cinta. mmg nasyid ni menyentuh hati. nak cari dekat you tube, tajuk nasyid tak tau. last, jmpak dekat sini. alhamdulillah.... :
==========================================================================

Ini adalah antara comment yang sempat aku baca di You tube.
Pertama kali aku mendengar lagu ni di nasyid.fm. Aku juga akui,ada nilai yang tinggi pada lagu ini. Mendengarnya buat kali pertama,sudah cukup untuk diri ini menitiskan air mata dek rindu kepada Rasulullah. Aku berusaha mencari full version lagu ni tapi masih belum berjumpa. Tak jemu telinga mendengar setiap bait dan melodi yang dialunkan. :)

KETENANGAN JIWA

aku temui ketenangan di bumi Iskandariah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..tuan punya blog ni masih dapat bernafas dengan rahmat Allah.
Menyingkap semula helaian post yang terdahulu,last entry adalah lebih kurang sebulan yang lalu..

"setakat update blog sebulan sekali lebih baik tak payah buat blog..ehhhh"

huhu..memang btol..kalau jarang update,apa guna blog ni wujud dan hanya dibiarkan bersawang..*sigh*
Insyaallah..saya tetap akan meneruskan blog ini walaupun dipenuhi dengan sarang lelabah atau semak samun, asalkan niat utama saya tercapai.

"apa niat kamu..??"
"biarlah rahsia" (*nyanyi gaya siti nurhalija ye :p)

Okayh..dah habis bebelan sebagai intro saya.
Sebenarnya hari ini saya baru habis exam.

"asal habis exam je baru nak update blog, asal update blog baru habis exam..ehhh"
"hmm..suka hati saya la nak update bila-bila pon..ehhh" (abaikan monolog dalaman ini)

Saya nak share something yang sangat terkesan kat diri saya.Sebuah cicipan kisah hari ini.

Ya..hari ini aku ada exam yang agak penting. Kalau ikutkan jadual, examku adalah pada hari kelmarin tetapi disebabkan doktor semua sibuk dengan urusan di hospital,maka examku ditunda ke hari ini.
Secara jujurnya,aku belum bersedia jika terpaksa exam kelmarin. Ditambah pula doktor yang incharge untuk examku memang dikenali dengan sifat garangnya dan 'kedekut markah',namun aku redha. Mungkin ada hikmah yang Allah tetapkan. Seharian di OPD,mukaku nampak stress. Ada seorang adik menegurku,

"akak,good luck..why u looked so tense..bertenang k"

huuuuuuuu..aku menangis dalam hati..memang muka aku transparent sangat. Aku rasa semua postingmate aku menyedari riak wajahku semalam. Mukaku nampak 'ketat' je.
Pada Zohor kelmarin,sungguh-sungguh aku berdoa moga Allah mudahkna urusan ilmuku.
Alhamdulillah..aku sangat bersyukur saat doktor yang bertugas mengendalikan examku berkata 

"i'm so busy today..probably we do it tomorrow.."
"alhamdulillah" hatiku bermonolog sendirian.

Semalam,aku habiskan masaku study sebanyak mungkin dengan masa yang berbaki.
Aku hantar message kepada mereka yang sentiasa bersamaku. Bertalu-talu doa dan kata-kata motivasi singgah di kotak message memberi semangat kepada diriku. Alhamdulillah ya Allah di atas nikmat saudara yang sentiasa bersama di saat susah dan senang.

Pagi ini,aku melangkah ke hospital dengan tenang. Pagi ini sahaja,beberapa ucapan dan kata-kata semangat singgah di kotak messageku. Aku hanya mampu tersenyum sendirian dengan sokongan padu dari mereka semua. Aku tahu,aku tidak pernah keseorangan. Allah dan mereka sentiasa bersamaku.

Tiba di hospital,aku terus bertemu dengan doktor yang incharge untuk examku. Exam bermula dengan penuh debaran. Alhamdulillah aku dapat rasakan Allah hadirkan ketenangan dalam jiwa ini. Biarpun banyak soalan yang dilontarkan tidak dapat aku jawab dengan betul,namun ketenangan jiwa itu membuatkan aku merasa gembira usai exam aku pada hari ini. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar memberikan yang terbaik buat diriku.

========================================================================

KETENANGAN JIWA

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Sehari sebelum aku exam, aku banyak menekankan ayat ini kepada adik-adiku ketika mengendalikan usrah bersama mereka.
Pada malam yang sama, seorang adik menghantar message kepadaku meluahkan kegelisahan yang dialaminya. Hatinya tidak tenang. Mengharapkan aku dapat memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya.Memandangkan aku punya exam esok hari,aku pendekkan perbualan kami dengan mengirimkan titipan kata semangat dan aku sertakan tulisan seorang ustaz yang aku kagumi penulisannya buat bacaan adik tersebut.

Beberapa jam selepas itu,aku sendiri diuji. Aku menerima pesanan ringkas yang membincangkan beberapa permasalahan dan hatiku tidak tenang. Fikiranku kacau-bilau dan perasaanku bercampur-baur. Aku tidak tahu puncanya. Hatiku seakan-akan gelisah. Aku terus teringat akan nasihat dan kata-kata yang aku utuskan buat adik tadi.

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Begitu cepat aku diuji dengan kata-kataku. Aku capai handsetku dan terus membaca artikel yang aku kirimkan untuk adik tadi.Ya Allah..aku terus berwudhuk dan cepat-cepat menunaikan solat sunat.
Lama aku bermunajat memohon kekuatan kepada Allah.

Alhamdulillah..Allah tak kan pernah membiarkan hambanya keseorangan.

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." ( Surah ar-Ra'd: Ayat 28)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)

Di sini aku quotekan tulisan ustaz tersebut :


Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)
Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: “Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45)
Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan Allah menerusi solat?
Boleh membaca artikel penuh beliau di SINI..
Ar-Ra'd:28
Sesungguhnya ketenangan dan kedamaian jiwa itu penting dan salah satu cara untuk meperoleh ketenangan jiwa adalah dengan mengingati Allah.
Wassalam.
Moga Bermanfaat..panjang umur jumpa lagi :)