Tuesday, 10 January 2012

MY ONLY WISH



all your armies, all your fighters,
all your tanks, and all your soldiers,
against a boy holding a stone,
standing there all alone,
in his eyes I see the sun,
in his smile I see the moon,
and I wonder,I only wonder,
who is weak, and who is strong?
who is right, and who is wrong?
and I wish, I only wish,
that the truth has a tongue.




p/s: apakah impian kita dan impian mereka di sana sama???

Friday, 6 January 2012

RINDU JARAK JAUH

rindu jarak jauh

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih lagi dapat menghirup udara di bumi Allah ini. Hari ni hari Jumaat sayyidul ayyam-penghulu sekalian hari. Hari ni pergi hospital untuk kuliah dan kerja-kerja di ward(ward work). Hari ni tak tunggu lama di hospital,hapis buat ward work terus balik rumah prepare something untuk adik-adik tersayang.

Hari ni birthday salah seorang dari adik-adik tersayang. Dah wish kat dia semalam. Panjang doaku untuk dia. Dia semakin matang (pengakuan dia sendiri). Sempat aku masak masakan yang dia minta dari dulu. Mungkin hadiah untuk dia..hehe. Doaku moga dia sentiasa kuat di jalan ini :)

Pagi tadi sebelum siap-siap pergi hospital,dapat mesej yang kakak A dah selamat lahirkan seorang baby girl yang comel. Sempat tengok gambar babynya kat fb zauj dia. Alhamdulillah moga menjadi seorang mujahidah Islam :) Dah lama tak contact kak A sejak dia balik Malaysia for good. Rindu. Kalau teringat kat dia mesti teringat sama dekat teman serumahnya,kak F.

Dua orang insan yang banyak beri kesan dalam hidup aku. Sejak dari tahun pertama aku di sini. Tak permah letih mengajak,tak pernah goyah ditohmah. Tak pernah bimbang andai ditolak. Mereka tetap kuat disisi. Qudwah mereka amat memberi kesan pada aku. Alhamdulillah ya Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka berdua. Moga mereka sentiasa di bawah peliharaanMu.

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Teringat waktu belajar mengaji dengan kak F. Kami (baca:aku dan teman rumah lama) selalu lepak di rumah mereka. Sering berkongsi pendapat. Tazkirah tak pernah lekang di bibir mereka. Setiap kali berjumpa mesti ada something yang akan dikongsikan. Bersama-sama mereka menguatkan hati mengingati Allah. Waktu-waktu manis sama-sama mendaki tangga ke tingkat empat untuk solat jemaah di surau. Selalu datang Baytul Ansar (baca: rumah lama) dan sleepover sekali. Rindu saat-saat manis.
InsyaAllah sentiasa doakan mereka yang namanya terpahat di hati ini. Moga kakak berdua menjadi doktor yang berbakti pada agama :)

**********************************************************************************
Hari Jumaat yang barakah. Banyak mengimbau laluan masa yang telah berlaku. Seminggu yang pertama di tahun 2012. Moga menjadi permulaan minggu yang terbaik untuk masa hadapan.


Moga ketemu lagi,InsyaAllah :)


Wednesday, 4 January 2012

ANTARA SEMALAM DAN HARI INI




“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya..”






p/s: pernah share kata-kata ni dengan seorang adik,semoga dia lebih faham akan hakikat hidup ini :)

HEADSHOT



"jangan dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.."

'IZZAH



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dapat mengaktifkan pena di sini setelah menyepi untuk seketika. Terlalu banyak untuk dicoretkan tapi keutamaan yang lain membatasi ruangan di sini.

Minggu lepas terkejar-kejar dengan case presentation. Hari ni selesai seminar. Alhamdulillah,tugasan untuk rotation ni semakin ringan untuk sebulan yang berbaki. Minggu lepas juga berpeluang follow doktor melihat prosedur nerve and muscle biopsy. Tak sia-sia tunggu sampai lewat petang.Dapat lihat dan belajar something yang baru dan bisa mengetuk hati.

Semasa prosedur biopsy,aku dan beberapa rakan yang lain berdiri mengelilingi patient .Seorang doktor yang berpangkat consultan menghampiri patient tersebut sebelum memulakan prosedur. Beliau meletakkan tangannya ke atas tangan patient dan berdoa menyeru nama Jesus(Nabi Isa). Ini kejadian pertama yang aku lihat sepanjang 3 tahun clinical posting kat hospital ni. Memang hospital yang kami clinical adalah di bawah biayaan gereja. Jangan terkejut jika aku katakan bahawa sebahagian besar doktor yang berkhidmat di sini merupakan seorang yang berpangkat seperti paderi (aku tak pasti istilah yang sebenar).

Tersentak aku melihat doktor tersebut berdoa kepada Tuhannya sebelum melakukan prosedur tersebut. Mungkin ia adalah sebahagian dari rutin beliau sebelum melakukan sesuatu prosedur terhadap patientnya.

Kejadian petang itu membawa aku kembali muhasabah diri. Bagaimana mereka amat yakin dengan pegangan mereka dan mereka tidak malu menunjukkan kemegahan pegangan yang mereka anuti.
Bagaimana dengan kita wahai kaum muslimin. Adakah kita cukup berbangga dengan agama Islam ini?? Adakah kita yakin dengan panji Islam yang kita bawa?? atau kita masih ragu-ragu. Masih malu-malu membawa penampilan Islam. Kita semua adalah duta kecil untuk Islam. 

Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam. Mengapa masih malu membawa imej Islam?? Malu untuk menutup aurat dengan sempurna di depan bukan Islam. Hatta ingin bersolat sekalipun masih mahu menyorok-nyorok. Tiada salahnya kita mempamerkan apa yang dianjurkan oleh Islam. Bermanis muka tatkala berjumpa pesakit.Senyum. Memulakan sesuatu dengan nama Allah. Even berjumpa pesakit di hospital merupakan gedung pahala untuk kita jika kita berniat untuk menziarahi orang sakit. Lihat..betapa Islam merupakan agama yang syumul. Segala yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah tidak pernah mendatangkan kerugian bahkan menunjukkan ke'izzahan Islam itu sendiri.

Jika bukan kita yang bertanggungjawab membawa ke'izzahan Islam itu,mampukan kita mengharapkan orang-orang kafir di laur sana mengangkat martabat Islam. Ayuh jundi-jundi Allah sekalian,tegakkan Islam dalam dirimu nescaya Islam akan tertegak di daerahmu :)

Jika kita melihat sisi kehidupan ini melalui jendela akhirat,insyaAllah kita dapat belajar sesuatu dari kehidupan ini..



Till we meet again,insyaAllah :)