Assalamualaikum wbt.
Lewat ini dunia Islam terutamanya dikejutkan dengan penerbitan filem yang jelas menghina Rasulullah S.A.W Kekasih Allah yang terkenal dengan kemuliaan akhlak baginda. Banyak artikel yang mengutuk filem ini. Tak kurang juga demontrasi dan perhimpunan yang membantah filem ini.
Aku terkesan dengan usaha bro Hilal Asyraf dan team LangitIlahi dalam berhadapan dengan perkara ini.
Boleh baca karya beliau di
sini
================================================================
Di sini,aku kisahkan kembali kepada kamu semua akan kisah kekasih kita ketika menulusuri penghinaan di Ta'if. Moga kita bijak meneladani keagungan akhlak baginda S.A.W
Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi,
Rasulullah telah keluar ke Ta'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.
Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki,
bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati
dalam perjalanan ke Ta'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu
tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi
tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru
bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya,
tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai
Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang
lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak
hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih
merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak
seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya
mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.
Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka
kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai
jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi
dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjangjalan keluar ke Ta'if, untuk
melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak
terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala
Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka
kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu
kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepiinyaan Utbah dan Syaibah dua
orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaanjaraknya tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di
situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan berpatah
balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya
ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi
hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah
dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang
menyahut seruan dakwahnya:
"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku
di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan
lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah
kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau ben kuasa
mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dari
Mu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,
dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari
terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat
kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada day a dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan."
Setelah diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap
Baginda, mereka memanggil budak suruhan mereka yang bernama 'Iddas yang beragama
Nasrani, kata mereka: "Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada
orang itu". Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya
dengan membaca "Bismillah" Baginda pun memakannya.
Tanya 'Iddas: Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah:
Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya
beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu
Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi,
dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan keduadua
kakinya.
Maka berkata kedua-dua anak Rabi'ah di antara satu sama lain: Nampaknya budak suruhan mu
itu sudah dirosakkan. Bila 'Iddas datang menemui kedua-dua tuannya, mereka pun berkata:
Rosaklah kau, apa itu? Jawab 'Iddas: Tidak ada di atas muka bumi suatu pun yang terlebih baik
dari or.'ing itu, beliau telah menceritakan daku hal-hal yang tidak diketahui kecuali oleh seorang
nabi, kata mereka lagi: Rosaklah kau 'Iddas, jangan sampai kau keluar dari agamamu itu,
sesungguhnya agamamu itu lebih baik dari agamanya.
Dengan itu Rasulullah pun berpatah balik ke Makkah iaitu setelah berjalan keluar dari kawasan
kebun anggur tadi, diselubungi perasaan dukacita dan patah hari, setibanya Baginda di
kampung Qarn al-Manazil, Allah mengutus Jibrail (a.s) bersama dengan para malaikat
penguasa gunung-ganang, untuk mendapat perintah dari Baginda untuk menghempap
penduduk Makkah dengan bukit al-Akhsyabain.
Imam al-Bukhari melalui sanadnya menceritakan dengan panjang lebar hadith dari Urwah Ibn
al-Zubair bahawa 'A'isyah (r.a) telah meriwayat hadith kepadanya di mana beliau telah berkata
kepada Rasulullah, Adakah pernah di suatu hari tuan hamba merasa lebih berat dari
peperangan Uhud? Jawab Rasulullah: Daku telah menerima penyiksaan dari kaum kau segalagalanya,
yang terlebih berat ku tanggungnya ialah peristiwa hari al-Aqabah di hari itu ku telah
memperkenalkan diriku kepada anak Abdul Yalii bin Abdul Kalal, namun mereka tetap tidak
menyahut seruanku itu, ku beredar dari situ, membawa diri penuh kehibaan dan duka nestapa,
tanpa menyedari kecuali setelah sampai ke Qarn al-Tha'alib yang dikenali sebagai Qarn al-
Manazil ku mendongak ke langit, tiba-tiba sahaja ku melihat mendung tebal memayungi daku,
ku renung lagi, ku dapati Jibril, beliau menyeru daku dengan katanya: Sesungguhnya Allah
telahpun mendengar kata-kata kaum kau itu dan segalajawapan dan penolakan mereka
terhadapmu itu, justeru itu maka Allah telah mengutus malaikat penguasa gunung-ganang
untuk kau perintahkannya bertindak terhadap kaum kau itu, malaikat penguasa gunung-ganang
tadi memanggil Baginda serta memberi salam pada aku dan berkata: Wahai Muhammad, itu dia
bukit-bukit, apa yang kau mahu, sekiranya kau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit al-
Akhsyabain itu, nescaya ku lakukan. Al-Akhsyabain ialah dua buah bukit di Makkah, iaitu bukit
Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an. Jawab Rasulullah: Tapi apa yang ku harapkan ialah agar Allah
mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang
Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.
Di dalam jawapan Baginda kepada Jibril dan Malaikat berkenaan, memperlihatkan keperibadian
Rasulullah yang luar biasa dan memperlihatkan kemuliaan akhlak Rasulullah yang tidak dapat
diduga keagungannya.
-Raheeq Makhtum-
==========================================================================