Thursday, 31 January 2013

MATI ITU PASTI



ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN

Hari ini ku mati,
Perlahan...
Tubuhku ditutup tanah.
Perlahan...
Semua pergi meninggalkanku...

Masih terdengar jelas langkah² terakhir mereka,
Aku sendirian,
Di tempat gelap yang tak pernah terbayang,
Sendiri,
Menunggu pertanyaan malaikat...

Belahan hati,
Belahan jiwa pun pergi.
Apa lagi sekedar kawan dekat atau orang lain.
Aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka...

Sanak keluarga menangis,
Sangat pedih,
Aku pun demikian,
Tak kalah sedih...

Tetapi aku tetap sendiri,
Di sini, menunggu perhitungan.
Menyesal sudah tak mungkin.
Tobat tak lagi dianggap,
Dan maaf pun tak bakal didengar,
Aku benar-benar harus sendiri...

Ya Allah...
Jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan,
Jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milik-MU,
Untuk aku perbaiki diriku,
Aku ingin memohon maaf pada mereka...

Yang selama ini telah merasakan dzalimku,
Yang selama ini sengsara karena aku,
Tersakiti karena aku...

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yang telah kukumpulkan,
Yang bahkan kumakan,
Ya Allah beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,
Untuk berbakti kepada Ayah & Ibu tercinta...

Teringat kata-kata kasar & keras yang menyakitkan hati mereka,
Maafkan aku Ayah & Ibu, mengapa tak kusadari betapa besar kasih sayangmu,

Beri juga ya Allah aku waktu untuk berkumpul dengan keluargaku,
Menyenangkan saudara-saudaraku..
Untuk sungguh-sungguh beramal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud dihadapan-Mu lebih lama lagi..
Begitu menyesal diri ini.
Kesenangan yang pernah kuraih dulu,
Tak ada artinya sama sekali...

Mengapa kusia-siakan waktu hidup yang hanya sekali itu...?
Andai aku bisa putar ulang waktu itu...

Aku dimakamkan hari ini,
Dan ketika semua menjadi tak termaafkan,
Dan ketika semua menjadi terlambat,
Dan ketika aku harus sendiri...
Untuk waktu yang tak terbayangkan sampai yaumul hisab & dikumpulkan di Padang Mashar...


#kredit kepada pondok.my

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH

gambar hiasan

Hidayah itu milik Allah dan milik Allah sahaja. Sebagai seorang dai'e, menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarluaskan chentaNya dan firmanNya yang mulia.

Kemudian, berserahlah kepada Allah, agar Dia bukakan pintu hati-hati di luar sana. Kita? Hanya berusaha. Andai berjaya, alhamdulillah. Jika tidak? Jangan sesekali berputus-asa.

Bukankah Abu Talib, bapa saudara kesayangan Nabi itu sendiri sehingga ke akhir hayatnya tidak beriman kepadaNya dan baginda..? Bayangkan betapa luluh dan pedihnya hati baginda terpaksa berhadapan dengan situasi sebegitu. Dan bayangkan pula, tohmahan dan kejian yang terpaksa dihadapi baginda, kerana bapa saudara sendiri tidak beriman dengan risalah yang dibawanya.

Tapi adakah itu mematikan semangat dan keazaman baginda untuk menegakkan al-Haq di muka bumi Allah ini? Tidak. Tidak sekali-kali.

Jangan sesekali biarkan iblis laknatullah a'laih mematikan semangat kita untuk terus laju bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Kerana dia pastinya gembira, bertepuk tangan teruja apabila melihat kita mula mengisi borang alumni ikhwah, dek kechiwa dengan ketidakberhasilan dakwah yang kita bawa. Astaghfirullah..

Pada masa yang sama, pada anda yang 'berjaya' dan mudah sekali menjerat dan menangkap mad'u-mad'u di luar sana, ketahuilah, semuanya itu daripada Allah. Jangan biarkan syaitonirojim memasukkan jarum-jarum halus ke dalam hati, sehingga terlintas pada fikiran kita:

"Oh terernya aku bawak usrah. Tengok sume anak usrah aku menjadi!"

"Perggh aku memang haibat ah DF orang nih! Semua orang yang aku DF pon mata bersinar-sinar jeh nak ikut aku! Walawww!"

"Alhamdulillah, menjadi jugak sentuhan aku. Diorang ni patut berterima kasih kat aku. Kalau bukan aku, takdenya Makcik Hidayah nak langgar dorang ni!"

Allahu allah. Astaghfirullah... T..T

Lupakah kita pada firmanNya yang mulia?

""Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]

Hidayah itu sungguh milikNya. Kita yang marhaen lagi hina ini, hanya berusaha. Jangan biarkan amalan yang sudah kita bina bertahun lamanya itu, berkecai sekelip mata dek keangkuhan, keegoan dan kebodohan diri kita. Geleng kepala.

Andai kita mati sekalipon tanpa berjaya mengislahkan sesiapa, dan kita tahu kita telah berusaha sebaiknya, ketahuilah, usaha itu yang Allah akan nilai sebagai tiket kita ke sorga. Usaha itu..!

Maka teruskan bekerja. Kerana Allah pasti akan melihat pekerjaan kita.

Ayuh!


-APG-

ISLAM-HARTA YANG BERHARGA



#ISLAM#
"bila anda semua mengerti dan sedar bahawa sesungguhnya anda dahulu pernah memiliki suatu harta yang tidak ternilai harganya, yang kemudian hilang dari tangan anda,maka anda perlu berfikir untuk memperoleh harta itu kembali"-Manhaj Hidup Muslim-

HABLUL MINAN NAAS



"Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh.Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya"
-ustaz Pahrol Mohd Juoi-

BUATMU YANG AKU CINTAI KERANA ALLAH


CINTA DAN RINDU BUAT JUNJUNGAN MULIA


Di Mana Rasulullah Di Hatimu..

Orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya. Apabila hati mengingat mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati pasti akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya..begitulah sifir cinta kepada Rasulullah S.A.W

p/s: di hening pagi,kami berempat menangis menangis mengenangkan nasib diri. Mungkinkah masih ada syafaatmu buat diri ini ya Rasulullah.. T_T



DI MANA AL-QURAN DI HATI KITA




Kenapa nak penat2 baca,faham dan hadam buku2 medic?buku pharmaco,microb,medicine,surgery etc.
Mestila kena baca.Nk jadi doctor yg hebat.Kalau tak baca mesti la tak faham apa yg tertulis dlm buku tu. Klu tak faham apa yang kita baca, mcm mana nak practice sbg doctor nnt. Tak boleh nk bagi ubat utk rawat pesakit .

Kenapa kena baca dan faham isi Al-Quran?
Mestila kena baca..nk jadi MUSLIM yang hebat. Kalau tak baca mesti la tak faham apa yang Al-Quran cuba sampaikan. Kalau tak faham Al-Quran,macam mana nak practice hidup sbg MUSLIM. Tak tahu syariat nak rawat masalah umat.
=======================
Sudah berbelas tahun kita hidup sejak kita mula pandai membaca dan mengaji Al-Quran. Tetap membaca Al-Quran yang sama, isi kandungannya tak pernah berubah dari dulu hingga sekarang. Jika kita bandingkan dengan buku-buku pelajaran, andai kita tetap mengulang-ulang buku yang sama selama berbelas tahun,tentu kita sudah boleh menghafal dan faham isi kandungan dalam buku tersebut. Tetapi adakah kita sudah cukup memahami isi kandungan Al-Quran yang kita sudah berulang-kali baca? yang kita sudah khatam berpuluh-puluh kali? Mana mungkin kita katakan Al-Quran itu manual hidup kita jika kita sendiri tidak memahami apa yang tertulis di dalam manual itu..
Di mana Al-Quran di ♥ kita..?

#muhasabah#

Friday, 18 January 2013

DUA TELINGA SATU MULUT..LISTEN..LISTEN

I listen-listen I hear :)


"Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:'Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya'.Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. ”

-bingkisan kata-kata oleh ustaz Pahrol untuk sama-sama kita renungkan


YOUR MERCY


currently addicted to this song..

Down on my knees tonight,
Ya Rabbee (My Lord) one more chance to make it right!
I won't give up on Your mercy..



HAKIKAT PENCIPTAAN


belajar dari kehidupan memberi kita 
pengertian tentang hakikat penciptaan..