Friday, 16 November 2012

BROTHERHOOD..



LET'S PRAY FOR OUR BROTHERS AND SISTERS THERE..

"Jangan salah faham. Kami sayang Syria, kami sayang Sudan, kami sayang Kahsmir, kami sayang Rohingya, kami sayang semuanya, Insha-Allah.

Cuma Palestin punya tempat yang sedikit istimewa di hati kami. Kerana ia adalah tanah suci anbiya' dan telah Allah janjikan bahawa akan ada segolongan umat di akhir zaman yang akan terus mempertahankan bumi suci Palestin. Alangkah teringinnya kami tergolong di dalam golongan itu! Aiwah!"-APG


Tuesday, 13 November 2012

KESEMPATAN..

moga terus kuat dan tabah memacu kuda kehidupan


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah thumma alhamdulillah..
Alhamdulillah ya Rabb,masih memberikanku kesempatan untuk menukilkan pena di sini. Menukilkan segala apa yang ada di dalam hati dan menzahirkannya ke realiti.

Alhamdulillah,sudah 2 minggu bergelar pelajar tahun akhir. Walaupun result exam yang lepas belum keluar, namun rotation untuk tahun akhir sudah bermula dua minggu.

Alhamdulillah juga kerna dapat memanfaatkan cuti dengan pengalaman yang luar biasa.Pengalaman yang tak pernah aku impikan untuk menjadi realiti. Terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah,Allah memberikanku kesempatan melalui pelbagai perkara,biar pahit,manis atau masam namun cukup unutk memberi impak buat diri ini.

Namun..aku tak punya kesempatan untuk mengekspresikan semuanya di sini. Kewajipan yang lain perlu aku dahulukan. Nukilan ini hanya untuk menyegarkan ruang ini yang dah lama aku biarkan sepi.

Aku akan ceritakan semuanya andai Dia izinkan.Banyak yang terlintas di kotak fikiran namun aku tak mampu untuk menzahirkannya. Mungkin bukan sekarang.Mungkin esok,lusa,tulat..atau hari-hari seterusnya yang akan datang andai aku masih diberi nafas yang panjang.

  • CAIRO
  • KEYAKINAN HATI
  • RESEARCH
  • MEDAN DnT
  • PELAJAR TAHUN AKHIR

Insyaallah,akan aku nukilkan perkara-perkara di atas di suatu saat yang Allah izinkan.
Moga aku diberi kekuatan untuk menharungi hari ini dan hari-hari seterusnya dengan petunjuk dan bimbingan Allah.Biiznillah.
Wassalam.

Wednesday, 7 November 2012

KEKUATAN HATI

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." [Ali-Imran 3:139]

#ya Allah..kuatkanlah hati-hati kami.