Sunday, 14 October 2012

KEMBARA MENCARI DIRI


Bismillahirrahmanirrahim..



بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ ، أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ، أو أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ"

“Dengan nama Allah, aku berserah kepadaNya, dan tidak ada daya dan kuasa kecuali kuasa Allah, Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari aku sesat atau aku disesatkan, dari aku tersalah atau disalahkan, dari aku zalim atau dizalimi, dari aku bodoh atau diperbodohkan.”

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِي اْلأَهْلِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الضَّبْنَةِ فِي السَّفَرِ، وَالْكَآبَةِ فِي الْمُنْقَلِبِ ، اَللَّهُمَّ اَطْوِ لَنَا اْلأَرْضَ، وَهَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ

“Ya Allah! Engkau tuan punya perjalanan ini, dan penjaga kepada ahli keluarga. Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari kawan-kawan yang tidak ada kecekapan, dan dari putus asa dalam perjalanan, Ya Allah! Pendekkanlah bagi kami bumi ini, dan permudahkanlah bagi kami perjalanan ini.” Ameen.

Moga musafir ini memberi seribu satu erti buat diri dalam mencari redha Ilahi.
Bismillahitawakkaltu 'alallah..

---->dari Islam, untuk Islam dan kerana Islam<----

"Dan sesungguhnya (Kami)

ALLAH akan isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian
dari golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai
hati, tetapi tidak mahu memahami ayat ayat ALLAH .
Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda
tanda kekuasaan ALLAH.Mereka mempunyai telinga tetapi
tidak mahu mendengar ayat ayat dan nasihat ALLAH.
Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang orang lalai."(Al-A'raf:179)


#berjalan,melihat,mentafsir#

TARBIYAH-3K


Assalamulaikum wbt.

Nak menukilkan coretan ringkas yang aku belajar tentang tarbiyah. Terima kasih buat awak yang berkongsikan tentang tarbiyah '3K'.

Komponen penting untuk memastikan kelangsungan tarbiyah diri adalah :

  • KEMAHUAN
  • KEMAMPUAN
  • KESEMPATAN
Ya..inilah komponen penting yang perlu ada dalam diri seseorang bagi memastikan kelangsungan tarbiyah diri.Mungkin seseorang itu mahukan tarbiyah,tapi dia tidak mempunya kesempatan. Masa yang ada banyak diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mungkin seseorang itu memiliki banyak masa terluang hinggakan dia sendiri tidak tahu hendak diisikan dengan apa.Namun jika dia tidak ada kemahuan untuk mencari tarbiyah,maka tarbiyah itu tidak akan hidup di jiwanya.Mungkin seseorang itu ada kemahuan,mahu pergi usrah dan ada banyak masa lapang,tapi disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan,lalu dia tidak dapat menghirup tarbiyah usrah pada hari tu.

Maka,untuk seseorang yang inginkan tarbiyah,dia perlu memastikan dirinya mempunya ketiga-tiga komponen ini.Alasan yang sering diberikan adalah tidak punya kesempatan. Andai kamu katakan kamu tidak cukup waktu untuk mencari tarbiyah,bagaimana orang lain punya waktu. Masa yang Allah beri adalah sama unuk semua orang. Jadi,carilah kesempatan waktu walau hanya seketika untuk mentarbiyah diri.

Kemahuan itu terletak pada diri kamu sendiri. Andai kamu mahu menjadi yang terbaik melalui tarbiyah,tapi tidak ada apa-apa usaha yang kamu lakukan,tarbiyah itu tetap tidak akan sampai pada kamu. Jika makanan sudah terhidang di depan mata,tapi kamu sendiri yang tidak mahu makan,mana mungkin kamu akan kenyang.

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilahorang yang mengotorinya." (Asy-Syams:8-10)



Jalan sudah terbentang di depan mata. Pilihan di tangan kita..

Hingga bertemu lagi insyaAllah.



BUNGA-BUNGA SYURGA

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..seharian duduk berseorangan. Housemate sudah pulang ke Malaysia. Baru terasa sunyi. Walaupun sudah seminggu mereka pulang,namun rumah ini saban hari dikunjungi tetamu. Adik-adik datang berziarah dan menemani aku. Alhamdulillah. Tak terasa sepi hinggalah hari ini bila aku sendirian di rumah. Buka IO dan tergerak hati untuk menukilkan sesuatu.

Dalam entry yang lepas,aku ceritakan jaulahku bertemu akhawat di sudut sana di bumi Al-Maududi ini. Banyak yang aku pelajari dari mereka. Ukhuwah mereka.Kesungguhan mereka mentarbiyah diri. Melihat rutin harian mereka banyak mengajar aku erti bersyukur. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan.

Pertama kali aku sampai di tempat mereka walaupun kami sudah kenal lama dan mereka juga kerap kali singgah di rumahku sebelum pulang ke Malaysia. Saat menjejakkan kaki ke bilik asrama mereka,aku terkedu. kelu lidahku. Ya Allah..betapa mereka punya semangat yang gigih. Kagum aku akan kekutan mereka.

'kenapa akak diam je dari tadi..penat ke naik bas 8 jam?'

'akak terkedu.firstime sampai sini..hehe'

Jawapan yang meniti di bibirku tidak sama dengan apa yang terlintas di hati. Sungguh aku terkedu melihat bilik mereka. Dua katil beserta meja study,peti sejuk,dapur,mesin basuh dan pinggan mangkuk yang bersusun di atas meja kecil. Semua itu berada dalam sebuah bilik yang sederhana kecil. Hanya ada ruang kecil untuk duduk di atas lantai. Fikiranku terbayangkan apartment yang aku duduki sekarang. Kamar tidurku nyata lebih besar dari bilik mereka yang hanya menempatkan katil,almari,dan meja belajar. Ada hamparan karpet untuk duduk2 melepak.Di ruang tamu rumahku,ada sofa untuk kami berkumpul jika ada tetamu yang datang berziarah.

Ya Allah..aku kagum dengan ketabahan dan kekuatan mereka. Bilik itu juga sering menjadi tumpuan adik-adik mendapatkan nasihat dan tarbiyah diri. Mungkin ini hikmah yang Allah aturkan untuk aku. Belajar sesuatu dari mereka. Ambil kekuatan mereka mencari tarbiyah. Bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Aku malu dengan diri sendiri. Selama ini banyak yang aku alpa. Zon selesa banyak melalaikan aku.Ighfri zunubi ya Rabbi :(

mereka ibarat bunga-bunga mujahidah yang kian mekar

Mereka itu permata Islam. Walaupun jauh di sudut sana,namun jiwa mereka kental mencari tarbiyah Islam.
Mereka itu pejuang Islam. Walaupun hidup serba sederhana,namun diri tidak pernah putus asa mengangkat nilai Islam.
Mereka itu pewaris Islam. Walaupun dalam kumpulan yang kecil,namun semangat tak pernah luntur.
Mereka itulah bunga-bunga mujahidah yang semakin kembang mekar. Kau peliharalah iman mereka untuk terus berjuang di jalanMu ya Allah.

di tanah inilah menyaksikan perjuangan mereka

'MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAKAN'


MANIS UKHUWAH

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..digerakkan hati untuk berkongsi seuatu di  IO. Hari ini,14 Oktober 2012,lebih kurang seminggu sudah saya bercuti. Cuti dari jadual harian sebagai pelajar perubatan. Sebelum bercuti,diri disibukkan oleh peperiksaan akhir semester. Moga Allah memberikan yang terbaik buat kami semua.

Dah berlalu seminggu,walaupun ada banyak masa terluang untuk menulis di sini,namun hati ini tidak digerakkan untuk berkongsi sesuatu. Kadang-kadang hairan dengan diri ini. Di saat masa yang menghimpit dengan tugasan yang lebih aula (utama),mencurah-curah idea untuk meluahkan rasa dari dalam ke luar. Inside-outside.

Cuti bermula pada 5 oktober lepas(Jumaat). Sempat melepaskan penat berhempas pulas di medan exam selama dua hari sebelum memulakan jaulah bertemu akhawat tersayang yang jauh dimata tapi dekat di hati. Jumaat malam mula bermusafir selama lebih kurang  8 jam perjalanan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Dua hari satu malam bersama mereka. Sempat berkongsi ilmu di dada. Moga mereka terus tsabat di jalan DnT. Malam Ahad bergegas pulang semula. Sementara menunggu bas pulang,hati sudah mula rasa rindu. Subhanallah.Adakah ini yang dikatakan sebagai manisnya ukhuwah fillah. Perasaan gembira bila bertemu mereka setelah lama tidak bersua.Rasa rindu walaupun selepas beberapa jam berpisah. Satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata atau untaian kata. Hanya Allah yang tahu apa yang tersemat di dada. Ya Allah jagalah mereka.Eratkanlah ikatan yang ada.Kuatkanlah hati kami di jalanMu.

Sempat berwhatsapp dengan seorang adik sementara menunggu bas:

A:best ke kat sana?
me: best jgk,sisters kt sini jrg jmpa..dh lepaskn rndu
A:pernah jmpa kt mna sblom ni?mcm mna nk jmpa org yg jrg jmpa? x awkward ke?
me: tu la nikmat ukhuwah
A: mcm mne eh? x awkward ke..seganlah..huhu
me: bila kita berukhuwah kerana Allah,nikmat dia laen
A: cmne? slalu dengar tp x fhm sgt..haha
me: kwn bkn stakat kt dunia..tp nk smpai syurga
A: slalu dgr je,xtahu sebenarnya mcm mna rsa dia..mcm mna?


Panjang aku berborak dengan dia. Tentang ukhuwah fillah hinggalah berakhir dengan mencari hati.
'macam mana nak rasa manisnya ukhuwah itu?'



Allah berfirman dalam al quran 
Orang beriman adalah bersaudara 
Tiada nilaian rupa dan darjat 
Asal bersatu dalam dua kalimah

♥ Sekuntum ukhuwah,serimbun mahabbah bersama secangkir tarbiyah ♥ 

Mungkin cukup disini..insyaAllah akan menukilkan lagi di IO tentang sisi yang lain.Wassalam.


Monday, 1 October 2012

SAYANG KAMU..

terharu.. T_T

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,hati kuat menolak jemari untuk menukilkan pena di sini. Siang tadi akal penat berhempas pulas memerah jawapan untuk exam mcq. Moga Allah kurniakan kejayaan buat kami semua.Amiin.

Pulang ke apartment sejurus selepas exam dengan niat untuk melepaskan lelah. Terbaring lesu di katil dengan harapan untuk tido sebentar sementara menanti asar.Malangnya mata tak terlelap. Bayangkan dengan badan yang keletihan bercampur fikiran yang lesu dan mata yang berdegil untuk terus berjaga. Harap anda faham =_=

Selepas asar,sabar menanti kedatangan mereka-mereka yang dirindui.Dah berjanji untuk bertemu Dua bulan berlalu tanpa dapat melihat wajah mereka. Alhamdulillah,kedatangan mereka mengubat kerinduan di hati.Merekalah 'artificial' adik2 saya dunia akhirat.

Terharu hati apabila menerima kehadiran mereka yang muncul tiba-tiba.Mengingatkan pertemuan sebelum mereka bercuti yang menjadi rutin mingguan. Malam ini kami berkumpul tanpa dirancang. Semua hadir dengan manis senyuman. Alhamdulillah.Penat seharian terbang menghilang :)

Gembira bila seorang dua datang menghulurkan buah tangan.Eheh

'berape akak kena bayar ni? tiga helai berape?'
'alaaaa..xpe kak,ni hadiah besday akak.saya bagi.akak dah banyak beli barang untuk kitorg'

Ouw..terharu T_T

'Ni untuk akak'
'ehh..ape ni?'
'Sourvenier dari sydney,saya pegi ngan mak saya'

Hati menjerit keriangan..^_^

'yeayy..ni untuk akak n untuk yang lain jgk.Pilih la yang mana suka'
'sourvenier dari korea..'

Mulut terlopong..@_@


Alhamdulillah..bukan benda keduniaan yang aku pinta dari mereka.Cukuplah andai mereka kembali dekat padaMu ya Allah.Kau jagalah hati kami semua dan tetapkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu ya Allah. Sesungguhnya kami berkasih sayang keranaMu ya Allah.

terima kasih semua..:)


Alhamdulillah..alhamdulillah..sayang kamu semua kerana Allah..^_^


#senyum#


ORANG YANG PALING RUGI..

rugi jika ada yang tercicir di tengah jalan
"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.
Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.
Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.
'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.
Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!
Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?
Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.
Naudzubillah..
Itulah bahayanya riya' dan ujub!
Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..
Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'
Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'
Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.
Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!
Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!
Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Allah taala,
"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]
Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.

credit to IluvIslam :Rawatlah Hati Kita!